advertisement

IPG tidak akan ditutup tegar Menteri Pendidikan hari ini di dalam tweet yang dikeluarkan sendiri oleh beliau di akaun rasmi Twitter milik beliau. Kenyataan beliau dikeluarkan selepas pihak KPM mengeluarkan hebahan media kepada umum.

Di media sosial telah tersebar luas dimana melalui akhbar Berita Harian memberi tahu di mana 21 Institut Pendidikan Guru, IPG akan ditutup pada tahun hadapan. Dalam akhbar tersebut memberi tahu 21 daripada 27 IPG diseluruh negara akan ditutup secara berperingkat bermula 2020.

IPG tidak akan ditutup

Namun telah diberitahu sebelum ini dimana, cadangan ini sebenarnya sudah bermula daripada Kerajaan sebelum ini lagi tetapi Menteri Pendidikan di bawah kerajaan baru ini, Dr Maszlee Malik telah menolak cadangan penutupan itu.

Walau bagaimanpun, katanya perkara ini telah timbul semula perkara ini. Penutupan ini katanya dibuat kerana atas faktor penjimatan kewangan bagi menanggung penyelenggaraan semua IPG tersebut.

IPG Tidak Akan Ditutup

Melalui akaun Twitter Dr Maszlee, beliau mengeluarkan tweet memberi tahu, Ingin saya tekankan di sini bahawa berita penutupan 21 daripada 27 IPG ini tidak benar sama sekali dan KPM tidak akan membiarkan perkara ini terjadi.

Beliau terus menerus cuba membalas setiap tweet yang disampaikan oleh Nitizen kepada beliau bagi menerangkan keadaan sebenar yang mana IPG tersebut tidak akan ditutup sama sekali.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga menegaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Berita Harian tersebut adalah tidak benar dan tidak tepat sama sekali.

Baca juga : Elaun Pelajar IPG Di Bayar Seperti Biasa

Ketika ini KPM berpandangan sebarang perancangan haruslah melibatkan semua pemegang taruh terutamanya para pensyarah dan pelajar IPG. Ini termasuklah mengambilkira kesan jangka masa panjang dan masa hadapan landskap pembinaan pembangunan profesionalisme keguruan.

Oleh yang demikian, adalah tidak menusabah perkara seperti penutupan IPG ini dibincangkan ketika KPM sedang berusaha melaksanakan penambahbaikan dalam latihan perguruan bagi meningkatkan kualiti latihan guru di negara ini.

Jadi hentikan sebar perkara tersebut. KPM menegaskan 21 IPG tidak akan ditutup.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here