advertisement

Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu pelajar hisap vape dengan satu gambar yang dikongsikan di laman sosial terutamanya apabila seorang pelajar sekolah dengan secara terbuka sedang menghisap rokok elektronik atau digelar vape dengan berbaju sekolah.

Foto yang tular di media sosial itu menunjukkan seorang pelajar perempuan berada di perhentian bas sedang menghisap vape yang masih mengenakan pakaian sekolah.

pelajar hisap vape

Dakwaan lain memberi tahu, bahawa vape tersebut diedar secara percuma di luar sekolah kepada golongan pelajar oleh pihak tidak bertanggungjawab yang sekali gus mencetus kegusaran masyarakat.

[Sudah Baca?] Pelajar UiTM Kini Berpeluang Melakukan Latihan Industri Di Al-Jazeera

Adakah pelajar sekarang sudah berani memcuba perkara-perkara baru seperti ini? Jika sebelum ini isu rokok, kini pula isu pelajar hisap vape. Tahukah anda, rokok dan rokok elektronik atau vape ini telahpun difatwakan haram.

Tindakan Pihak KPM Terhadap Isu Pelajar Hisap Vape

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah pun mengeluarkan kenyataan sebelum ini di mana mereka memandang serius atas isu ini terutamanya isu jualan bahan-bahan terlarang seperti vape kepada murid atau pelajar sekolah.

Hasil daripada pemantauan dan aduan yang diterima, KPM mendapati jualan bahan-bahan tersebut adalah di luar kawasan sekolah.

Sehubungan dengan itu, pihak KPM akan berkerjasama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi membendung jualan barang terlaran ini daripada berleluasa.

Dalam kenyataan itu juga, pihak KPM turut mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam memberi pendedahan tentang larangan membeli dan bahaya penggunaan bahan-bahan ini daripada sudut kesihatan.

Selain itu juga, pihak kerajaan turut mengingatkan ibu bapa untuk memantau kegiatan anak-anak yang menjurus ke arah ini. Harap selepas ini tiada lagi pelajar sekolah yang terlibat dengan kegiatan ini, yang pastinya akan memberi impak yang tidak baik kepada diri, keluarga, agama, sekolah dan masyarakat.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here