advertisement

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah kongsikan jadual waktu peperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) tahun 2021.

Ketiga-tiga peperiksaan ini akan dilaksanakan pada bulan Februari dan Mac tahun 2022. Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan untuk agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

BACA : Kalendar Dan Takwim Akademik Sesi 2022/2023 & Tarikh Cuti Sekolah

Selain itu, KPM juga menasihatkan agar calon merujuk garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang boleh didapatkan di portal rasmi KPM di www.moe.gov.my bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Jadual Waktu Peperiksaan SPM, STAM Dan UPBA 2021

Jadual waktu peperiksaan bertulis SPM 2021 akan berlangsung bermula 2 hingga 20 Mac 2022. Untuk UPBA akan diadakan pada 28 Februari 2022 dan STAM akan berlangsung bermula 21 hingga 31 Mac 2021.

Dapatkan jadual waktu bagi setiap peperiksaan di portal Lembaga Peperiksaan lp.moe.gov.my atau klik sini.

SPM 2021

UPBA 2021

UPBA 2021

STAM 2021

STAM 2021
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here