advertisement

Kini telah viral lagi 1 isu berkaitan sebuah video yang berdurasi 1 minit lebih telah dikongsikan di facebook dan twitter yang seterusnya dimuat-naik kembali ke Youtube. Rata-rata komen warganet sangat kecewa akan perkara tersebut.

Video viral Negaraku itu dikatakan memaparkan sekumpulan murid tengan menyanyikan lagu Negaraku di dalam kelas tetapi liriknya diubah kedalam terjemahan Bahasa Mandarin. Lagu yang digunakan masih masa, tetapi liriknya sahaja diterjemahkan kedalam bahasa lain.

video viral negaraku

Sejuru selepas viralnya perkara ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan media laman twitter mereka.

Baca Juga : 22 Filem Yang Bertemakan Guru Dan Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum mengenai penyebaran video murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku yang diubah ke Bahasa Mandarin dan bahasa selain dari bahasa kebangsaan yang sedang tular di media-media sosial.

Siasatan terperinci sedang dijalankan berkaitan isu ini yang juga berlaku di beberapa sekolah lain. Pihak Polis pun sudah membuka buku siasatan terhadap isu video viral Negaraku ini

KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melanggar peraturan melibatkan Perlembangaan Negara Malaysia sama ada secara sengaja atau tidak

Diharap warganet bertenang dan tidak menyebarkan apa-apa sepukalasi terhadap perkara ini. Biar pihak berwajib membuat siasatan terlebih dahulu sebelum jatuhkan hukuman. Admin juga berharap sangat-sangat perkara ini tidak lagi terjadi kerana pastinya ia akan menggangu gugat keharmonian Malaysia.

Sudah-sudahlah marakkan api kemarahan rakyat…

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here