advertisement

Isu PTPTN kembali hangat diperkatakan dan diperbincangkan oleh Warganet di setiap pelusuk media sosial sendiri sama ada Facebook mahupun Twitter. Isunya berkaitan di mana pihak PTPTN ingin mengenakan kembali syarat disenarai hitam bagi peminjam yang tidak membuat bayaran balik seperti yang dijanjikan didalam surat perjanjian ketika membuat perjanjian

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee berkata kepada pemberita, “cadangan tersebut (menyenaraikan hitam peminjam PTPTN), bukan dikemukakan oleh perbadanan itu

BACA : Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

Dr Maszlee Malik berkata, sebaliknya ia adalah cadangan yang diperoleh daripada konsultasi awam yang diadakan oleh PTPTN. “Saya lihat apa yang PTPTN kemukakan ialah konsultasi awam. Mereka inginkan pandangan awam terhadap beberapa perkara. Mereka ingin cadangan daripada konsultasi awam itu.

“Itu bukan cadangan mereka, cuma apabila wartawan tanya dia (Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan) jawab macam itu. Pada saya PTPTN perlu memberikan penjelasan kepada media supaya tidak berlaku silap faham seperti itu,”

Melalui pelbagai isu berkaitan PTPTN ini, jika ianya dimansuhkan sepenuhnya, apa yang berlaku? Pihak Bernama telah mengeluarkan infografik ringkas berkaitan Jika PTPTN Dimansuhkan…

Jika PTPTN Dimansuhkan

  1. Sektor Swasta perlu tampil untuk menyediakan pinjaman pendidikan tinggi. Pinjaman komersial tidak menerima subsidi kerajaan dan menyebabkan peminjam perlu membayar kadar faedah yang jauh lebih tinggi
  2. Bilangan pelajar yang mendapat akses ke pendidikan tinggi berkurangan terutamanya kumpulan B40. Kemudahan pinjaman PTPTN banyak memberikan manfaat kepada kumpulan B40. Proses kelulusan yang lebih ketat oleh institusi kewangan mungkin menyukarkan golongan berpendapatan rendah
  3. Hutang perlu ditanggung oleh kerajaan dan pembayar cukai. Kerajaan dan pembayar cukai perlu menanggung bebanan hutang PTPTN yang besar sekaligus akan memberi beban kepada kewangan negara.
  4. Ketidakadilan kepada peminjam yang telah selesai membayar balik. Tanggungjawab membayar pinjaman bagi peminjam sedia ada akan menjadi tanggungjawab Kerajaan dan pembayar cukai. Peminjam yang telah menyelesaikan pinjaman pula mungkin akan menuntut bayaran balik daripada PTPTN sebagai keadilan untuk pihak mereka
ptptn dimansuhkan
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here