advertisement
Kementerian Pendidikan Malaysia hari ni mengumumkan dengan mengadakan Pertandingan Mereka Cipta Logo Dekad Membaca Kebangsaan dan juga Pertandingan Mereka Slogan Dekat Membaca Kebangsaan.
Dengan tagline #MalaysiaMembaca pihak KPM berhasrat untuk menjadikan tempat masa 10 tahun iaitu bermula dari tahun 2020 sehingga 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee berharap ianya merupakan sebahagian usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca menjelang 2030 kelak. 
Jadi sebagai usaha itu, pihak KPM membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia mencurahkan idea permulaan bagi mencipta Logo dan Slogan untuk Dekad Membaca Kebangsaan.
Pertandingan ini akan berakhir pada 31 Januari 2019

Pertandingan Mereka Cipta Logo

Jom Sertai Pertandingan Mencipta Slogan Dan Logo Dekad Membaca Kebangsaan
  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali urus setia Dekad Membaca Kebangsaan.
  2. Peserta boleh menghantar beberapa penyertaan logo tetapi hanya 1 logo yang akan dipilih sebagai pemenang.
  3. Ianya mestilah idea yang asli dan baru.
Ada beberapa lagi syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, jadi jika anda ingin sertai anda boleh layari laman web DI SINI untuk mengetahui syarat pertandingan, spesifik logo dan borang penyertaan
  1. Hadiah Utama akan menerima wang tunai RM2,000 dan sijil penyertaan.
  2. Tiga (3) hadiah saguhati bernilai RM250 setiap seorang dan sijil penyertaan.

Pertandingan Mencipta Slogan

Jom Sertai Pertandingan Mencipta Slogan Dan Logo Dekad Membaca Kebangsaan
  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali urus setia Dekad Membaca Kebangsaan.
  2. Peserta boleh menghantar beberapa penyertaan Slogan tetapi hanya 1 slogan yang akan dipilih sebagai pemenang.
  3. Panjang Slogan tersebut mestilah tidak melebih lima (5) patah perkataan
  4. Ianya mestilah idea yang asli dan baru.
Juga terdapat beberapa syarat lain yang ditetapkan. Jadi kepada semua peserta, anda boleh layari laman web DI SINI untuk dapatkan borang penyertaan, spesifik reka cipta slogan dan ketahui syarat-syarat penyertaan.
  1. Hadiah Utama akan menerima wang tunai RM500 dan sijil penyertaan.
  2. Tiga (3) hadiah saguhati bernilai RM100 setiap seorang dan sijil penyertaan.
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here