Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan 4 kaedah yang dibenarkan untuk bawa anak pulang dari asrama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

KPM juga telah memaklumkan dimana murid di asrama sekolah atau Kolej Tingkatan Enam (KTE) atau di Kolej Vokasional (KV) dibenarkan untuk pulang sempena cuti Aidilfitri secara berperingkat mulai 6 Mei 2021 (Khamis) untuk sekolah dalam kumpulan A dan 7 Mei 2021 (Jumaat) untuk sekolah dalam kumpulan B.

BACA : Sesi PdPR 10 Hari Selepas Aidilfitri – Dr Radzi

4 Kaedah Bawa Anak Pulang Dari Asrama

Jadi melalui kenyataan media daripada KPM, pergerakan pulang murid asrama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri dibenarkan melalui 4 kaedah sahaja iaitu:

  • Menaiki bas yang disediakan oleh pihak sekolah
  • Dijemput oleh ibubapa/penjaga
  • Menggunakan pengangkutan udara atau air (Sabah, Sarawak dan Labuan)
  • Menggunakan kenderaan sendiri (hanya untuk pelajar Tingkatan Enam dan pelajar KV)

Justeru itu, pihak sekolah akan memaklumkan jadual pergerakan pulang murid kepada ibubapa atau penjaga dalam masa terdekat.

Sekiranya ibubapa atau penjaga terpaksa merentas negeri/daerah, pihak sekolah akan sediakan surat pengesahan bagi setiap murid. Kebenaran ini adalah untuk 2 orang ibubapa atau penjaga sahaja dalam setiap kenderaan.

KPM juga telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Murid Asrama Pulang Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021 sebagai rujukan melalui laman web KPM di www.moe.gov.my

AD

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here