advertisement

Beberapa hari yang lepas, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengumumkan dimana akan memperkenalkan silibus tulisan khat di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.

Dengan perkenalan sedemikian, telah memberi banyak respon dan maklum balas daripada pelbagai pihak.

tulisan khat

Ianya menjadi seakan isu besar yang dibangkitkan oleh rakyat Malaysia sendiri. Pelbagai riaksi yang diberikan. Ada yang menolak, ada yang berminat, ada yang kurang senang dan sebagainya.

[Sudah Baca?] Permohonan Kemasukan Prasekolah 2020

Pada awalnya pihak KPM mengumumkan dimana akan dimasukkan hanya 6 helaian sahaja di dalam buku teks Bahasa Melayu tetapi baru-baru ini telah dikemaskini yang helaian muka surat telah dikurangkan.

Anda boleh baca kenyataan media daripada pihak KPM di pautan ini

Kata Muktamad Berkaitan Silibus Tulisan Khat

Akhirnya setelah mendapat persetujuan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, mereka telah membuat keputusan dimana pengenalan tulisan khat ini tetap diteruskan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan sekiranya dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa (PIBG) dan murid sekolah sendiri.

Manakala bagi Sekolah Kebangsaan akan dijalankan seperti biasa.

Selain itu, pengenalan tulisan khat ini tidak lagi digunapakai dan ditukar kepada tulisan jawi dan ianya juga, daripada 6 muka surat ianya akan dikurangkan kepada hanya 3 muka surat sahaja di dalam buku teks Bahasa Melayu tersebut.

Tambahan lagi, silibus tulisan jawi ini tidak dinilai dalam apa-apa ujian dan peperiksaan kelak. Jadi ianya hanya sekadar ilmu pengetahuan sahaja.

Pengenalan tulisan jawi ini hanya dalam peringkat asas sahaja dan ianya akan bermula bagi murid Tahun 4 mulai tahun 2020, murid Tahun 5 mulai 2021 dan murid Tahun 6 mulai 2022 di semua Sekolah Jenis Kebangsaan.

tulisan khat

Sebenarnya pengenalan tulisan jawi ini memberi kebaikkan kepada kaum bukan melayu dimana mereka boleh belajar sendikit sebanyak tentang tulisan yang telah bertapak di Malaysia ini sejak sekian lama.

Dengan belajar tulisan jawi, anda tidak akan menjadi Melayu atau Islam pun, tetapi sedikit sebanyak memberi dan memupuk nilai cintakan Malaysia menjadi lebih baik dimana ianya merupakan warisan turun-temurun nenek moyang kita.

Admin juga harap tiada lagi isu ini dibangkitkan di laman sosial berbanding sebelum ini.

advertisement

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here