advertisement

Kerajaan hari ini, melalui Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri mengumumkan dimana kedai komputer & telekomunikasi, kedai buku dan kedai alat tulis dibenarkan beroperasi berkuatkuasa 16 Julai 2021 sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengumuman ini dibuat menerusi kenyataan media harian yang dikeluarkan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) & Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas sidang khas MKN berlangsung.

Kita sedia maklum, sejak pandemik COVID-19 melanda negara, cara pembelajaran harian dan institusi kini mempraktikkan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

Selain itu, kebenaran beroperasi ini juga dibuat selepas mengambil kira maklumbalas pelajar, ibubapa serta tenaga pengajar dan untuk memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan PdPR tanpa gangguan.

Kebenaran Pergerakan Dari Kawasan PKPD Untuk Mengambil Peperiksaan

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran PDRM bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan professional.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here