advertisement

Hari ini secara rasminya, rancangan KAFA d’Hijrah dilancarkan kepada orang ramai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Kini kelas segala kandungan yang dipelajari melalui kelas KAFA secara fizikal akan dipertontonkan di kaca televisyen melalui saluran TV AlHijrah dengan adanya program KAFA d’Hijrah ini.

kafa d'hijrah

Program ini dibuat berikutan, para pelajar tidak lagi kembali ke sekolah untuk menjalani kelas secara bersemuka disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran kes COVID-19 yang semakin meningkat.

Rancangan KAFA d’Hijrah adalah rancangan pembelajaran Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di televisyen dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Oleh itu, sebagai alternatif kepada pembelajaran secara bersemuka, belajar secara online, kini murid-murid boleh belajar di TV pula.

BACA : TV Pendidikan Kini Di 3 Saluran; TV Okey, Astro, NTV7

Rancangan KAFA D’Hijrah Di TV ALHijrah

kafa d'hijrah

Seperti yang diumumkan, KAFA d’Hijrah akan disiarkan di saluran TV AlHijrah bermula 1 Februari, pada setiap Isnin hingga Sabtu, bermula jam 4.30 petang hingga 5 petang. Manakala siaran ulangannya pula adalah pada jam 11.30 pagi dan 6.30 petang.

Saksikan di TV ALHijrah di

  • Astro dan NJOI – CH114 (SD)
  • MyFreeview – CH114 (HD)
  • UnifiTV – CH114 (HD) & CH183 (VOD)

Jadual Rancangan

Minggu pertama bulan Februari adalah minggu pembelajaran bab satu Al-Quran buat pelajar darjah 1 hingga darjah 6. Minggu kedua, Sirah pada minggu ketiga dan Jawi serta Khat pada minggu terakhir Februari.

Untuk subjek Bahara Arab akan disiarkan pada minggu pertama bulan Mac dan diikuti subjek Akidah pada minggu kedua bulan Mac sehingga selesai pembelajaran untuk bab satu. Minggu berikutnya masuk kepada bab dua dan aturan ini akan diulang pada minggu-minggu seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.tvalhijrah.com/kafa-d-hijrah/

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here