advertisement

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui sidang media khas telah mengumumkan dimana kemasukan pelajar Institut Pengajian Tinggi secara berperingkat bermula Julai sehingga Oktober 2020 secara sepenuhnya.

Tempoh kemasukan pelajar IPT ini diumumkan oleh Menteri IPT, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad di Putrajaya pada 8 Julai yang lepas. Jadi kemasukan ini akan berlaku secara berperingkat sehingga tahap sepenuhnya pada Oktober 2020.

Sebelum ini, KPT dengan kebenaran KKM dan MKN telah membenarkan 5 kategori pelajar untuk pulang ke kampus bagi menyambung pembelajaran yang kebanyakannya memerlukan akses praktikal di universiti masing-masing bermula Mei yang lepas.

Dengan mengambil kira keadaan penularan pandemik COVID-19 yang sepertinya kearah pemulihan dan lebih baik, KPT telah memulakan pengkajian semula bagi memulakan operasi secara sepenuhnya bagi setiap IPT di Malaysia.

Kemasukan Pelajar IPT Secara Berperingkat Mulai Julai 2020

kemasukan pelajar ipt

Jadi dengan itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk membenarkan 4 lagi kategori pelajar IPT ke kampus secara berperingkat mulai Julai 2020.

Kumpulan ini adalah tambahn daripada 5 kategori pelajar sebelum ini. 4 kategori pelajar tersebut adalah:

  • Pelajat tempatan di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) sebanyak 30% seperti yang dimohon oleh Persatuan Kolej dan Universiti Swasta
  • Pelajar Tahun Satu, Dua, Tiga dan Empat Universiti Awam dalam bidang pengajian yang memerlukan latihan klinikal, latih amal, praktikal, bengkel, makmal, studio atau peralatan khusus, serta mereka yang perlu menduduki peperiksaan Badan Profestional
  • Pelajar Tahun Satu, Dua, Tiga, Empat Universiti Awam yang tidak mempunyai akses internet atau persekitaran kondusif, seperti ruang belajar yang sempit atau keadaan yang tidak selesa bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian
  • Pelajar antarabangsa dari kedua-dua Universiti Awam dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta termasuklah pelajar baharu

Dengan kategori ini, IPT diberi fleksibiliti untuk menentukan mod pembelajaran yang bersesuaian mengikut keadaan universiti tersebut.

Selain itu, KPT telah telah bersetuju kemasukan pelajar IPT sepenuhnya adalah pada Oktober 2020.

Kepada pelajar yang pulang ke kampus, diminta untuk sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri.

Aktiviti pelajar adalah dibenarkan dengan syarat aktiviti tersebut tidak melebihi 250 orang tertakluk kepada saiz ruang dan penjarakan sosial.

Bagi Pelajar Antarabangsa

  • Perlu daftar dengan Education Malaysia Global Services
  • Perlu jalani ujian PCR atau RTK Antigen 3 hari sebelum masuk ke Malaysia
  • Perlu menjalani saringan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di pintu masuk negara
  • Perlu menjalani kuarantin diri selama 14 hari di lokasi ditetapkan

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here