advertisement

KPT mengumumkan pelajar tempatan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) boleh kembali ke kampus secara berfasa mengikut IPT masing-masing seawal 1 Mac 2021.

Pengumuman ini dibuat menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak KPT menerusi Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mencadangkan bagi kepulangan pelajar ke kampus masing-masing kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini. Jadi kini ianya telah diluluskan pada 23 Disember 2020.

BACA : Taska, Sekolah Dan Universiti Ditutup Untuk Melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan

Pelajar IPT Pulang Ke Kampus Pada Mac 2020

pelajar

Pelajar dibenarkan pulang ke kampus masing-masing seawal 1 Mac 2021. Tetapi bagi pelajar dari Zon Merah, kemasukan pelajar adalah 10 hari lebih awal untuk menjalani proses pengasingan demi memastikan mereka bebas COVID-19

Sementara itu, bagi IPT terletak di Sabah dan Sarawak, kemasukan tertakluk kepada prosedur yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri masing-masing.

Selain itu, melalui kenyataan media tersebut, MKN juga telah meluluskan cadangan KPT untuk membenarkan kemasukan semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu di IPTA dan IPTS KECUALI dari United Kingdom seawal 1 Januari 2021.

Keputusan ini membolehkan pelajar tempatan dan antarabangsa mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara hibrid iaitu secara bersemuka dan dalam talian. Sekali gus memastikan kualiti pendidikan tinggi negara terjamin.

Keputusan ini mestilah disusuli dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang berada di dalam kampus dan mengamalkan pembudayaan norma baharu seperti pakai face mask, kerap mencuci tangan dan amalkan penjarakan fizikal.

Jika ada sebarang persoalan, para pelajar boleh hubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6124 atau layari terus laman web KPT atau laman web IPT masing-masing

Soalan Lazim

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here