advertisement
Melalui akaun Twitter individu yang menggunakan nama ayieabraham yang berkongsi kepada pengguna Twitter ‘Kenapa anda perlu sertai PALAPES pada zaman Universiti Anda’ yang mendapat perkongsian semula atau Retweet sebanyak 930 kali.

Jadi di sini, admin ingin kongsikan kepada pembaca pendidikan4all intipati tweet tersebut
Sekarang ini mungkin pelajar-pelajar Universiti Awam khususnya sedang menghadapi peperiksaan akhir semesta ataupun sudah mula bercuti. Pengambilan pelajar semester 1 sudah pun bermula pada September 2018 yang lalu, jadi pelajar tersebut akan naik ke semester 2 pada bulan yang akan datang. Jadi perkongsian ini mungkin berguna kepada yang akan masuk Universiti pada sesi yang akan datang ataupun pihak PALAPES masih lagi membuka tawaran untuk pelajar-pelajarnya.

Kenapa Anda Perlu Sertai PALAPES Semasa Zaman Universiti Anda

Kenapa Anda Perlu Sertai PALAPES Semasa Zaman Universiti Anda

Kenapa Anda Perlu Sertai PALAPES Semasa Zaman Universiti Anda
PALAPES merupakan singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan iaitu merupakan satu badan kokurikulum di Universiti. Sertai PALAPES bermakna secara tidak langsung anda telah sertai Angkatan Tentera Malaysia di Rejimen Askar Wataniah (Darat).

Antara kelebihan sertai PALAPES adalah:

     1. Mendapat jaminan koleh kediaman di Universiti

Dengan sertai PALAPES, ianya akan menjadi kolej kediaman anda untuk sepanjang pengajian (sebagai contoh di USM). Jadi anda hanya perlu tumpu pada PALAPES sahaja. Tidak perlu kejar markah merit kolej kediaman dengan sertai pelbagai event atau acara bagi menjamin penempatan kolej kediaman

     2. Dapat elaun

Bila anda sertai PALAPES, setiap kali latihan anda akan dibayar. Paling lumyan adalah latihan tempatan iaitu RM60 sehari. Itu belum campur latihan berterusan dan annual camp.

     3. Makanan

Setiap kali latihan anda tidak perlu risau berkaitan dengan duit makan. Ini kerana makanan akan disediakan dari pagi sampai malam. Ianya ketika latihan je la.

     4. Belajar ilmu perang

Walaupun masih Inter di dalam PALAPES, ketika Junior ini anda akan belajar pelbagai ilmu seperti baca peta sampailah bahasa isyarat medan atau dipanggil IMP. Selain itu juga, anda berpeluang pegang senjata M16, GPMG dan senjata-senjata lain.

     5. Belajar disiplin masa

PALAPES ini banyak menitikberatkan masa terutamanya dalam perbarisan. Perkara ini jika diaplikasikan kepada kehidupan seharian ianya sangat bagus. Jadi bila sudah terbiasa dengan disiplin masa, bagi hal berkaitan hadir ke kelas, discussion, meeting dan sebagainya menjadi lebih mudah dan punctual.

      6. Melatih Leadership

Di dalam latihan sentiasa akan diselitkan dengan perkara Leadership sebagai seorang pegawai. Sebenarnya leadership tentera bukan hanya tegas yang macam dipertonton di TV tetapi mereka ajar macam mana mahu kawal anak buah dan buat orang jadi loyal dengan cara tersendiri.

     7. Melatih untuk menjadi lebih kuat

Kuat di sini tidak bermakna pada fizikal semata tetapi lebih kepada mental. Anda akan merasa macam mana kena jalan berpuluh kilometer tapi tak sampai-sampai, tak mandi sampai 3 ke 4 hari, gali kubur atas bukit berbatu dan macam-macam lagi. Di sini kita akan diuji, tahan atau tidak.
Disebalik semua ini, memang anda akan dengan percakapan orang, jangan sertai PALAPES sebab nanti penat, teruk, kacau pointer, gangu pelajaran dan macam-macam lagi. Tetapi sebenarnya iainya bergantung kepada individu itu juga. Jika anda malas, tidak berjaya atur kokurikulum dan pelajaran, sudah pastinya ianya semua akan rosak.
Terserah pada pelajar atau individu tersebut, jika berminat dan layak boleh sertai dan sebaliknya. Di akhirnya penulis ada berkongsi beberapa keping gambar berkaitan PALAPES.

Kenapa Anda Perlu Sertai PALAPES Semasa Zaman Universiti Anda

Kenapa Anda Perlu Sertai PALAPES Semasa Zaman Universiti Anda

Kenapa Anda Perlu Sertai PALAPES Semasa Zaman Universiti Anda

Kenapa Anda Perlu Sertai PALAPES Semasa Zaman Universiti Anda

sumber: twitter ayieabrama

Pendidikan Untuk Semua
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here