Kepada yang sudah memohon bagi kemasukan ke Tingkatan Enam, anda kini sudah boleh mula buat semakan. Semakan ini bagi ambilan atau kemasukan pada Semester 1 bagi tahun 2020.
Selepas pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Mac yang lalu. Pelajar-pelajar ini sudah pastinya telah membuat permohonan bagi kemasukan ke Tingkatan Enam bagi mereka yang mahukan meneruskan pengajian bagi peringkat STPM.
BACA : Semakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2019/2020
Oleh itu, kepada mereka yang memohon untuk form 6, boleh semak nama anda di ruangan dan pautan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Isi kandungan
Semakan Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan Enam Bagi Tahun 2020

Anda boleh semak keputusan bermula 1 Julai hingga 14 Julai 2020 melalui portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau klik sahaja pautan dibawah
atau anda boleh semak secara SMS dengan menaip :
MOE<jarak>T6<jarak>ANGKAGILIRAN & SMS ke 15888
(CONTOH : MOE T6 AA11A23)
MOE<jarak>T6<jarak>NOMBOR KP & SMS ke 15888
(CONTOH : MOE T6 99090909092)
*Pastikan Angkah Giliran/ Nombor Kad Pengenalan seperti mana yang didaftarkan dalam peperiksaan. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik yang tinggi.
Bagi calon yang mengambil SPM Ulangan 2020, permohonan rayuan ke Tingkatan Enam hanya boleh dibuat pada sesi kemasukan Tahun 2020.
Pelajar Yang Berjaya
Calon yang berjaya perlu melapor diri ke Kolej Tingkatan Enam/ Pusat Tingkatan Enam yang ditawarkan pada 15 Julai 2020.
Rayuan Tingkatan Enam
Permohonan Rayuan kemasukan Tingkatan Enam berbeza mengikut jenis sekolah. Anda boleh pilih borang seperti dibawah. Kesemua borang dan permohonan online boleh dapatkan di portal https://sst6.moe.gov.my/
Sekolah | Borang | Tarikh Permohonan |
---|---|---|
– Sekolah Menengah Harian – Sekolah Menengah Teknik | Mohon Online | 1-14 Julai 2020 |
Sekolah Bantuan Kerajaan | Borang T6BKK | 1-14 Julai 2020 |
– Calon Persendirian – Sekolah Swasta – Sekolah Menengah Agama Negeri | Borang T6BCP | 1-14 Julai 2020 |
Calon sekolah yang layak tetapi tidak ditawarkan | Borang T6BRU | 1-14 Julai 2020 |
Cara Memohon Untuk Tukar Bidan/ Jurusan
Bagi calon yang ingin membuat pertukaran bidan atau jurusan, anda perlu dapatkan borang T6BRTJ bagi Murid Sekolah Bantuan Kerajaan selewat-lewatnya pada 24 Julai 2020.
Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke APLIKASI DALAM TALIAN TINGKATAN ENAM, BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN di https://sst6.moe.gov.my/
I wanted
It’s not bad