advertisement

Jordan merupakan antara salah satu negara yang terkenal yang ingin pelajar-pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di Universiti di Jordan.

Selain Jordan sebenarnya banyak lagi universiti yang terdapat dibahagian Timur Tengah itu seperti di Arab Saudi, Mesir, Morocco dan sebagainya.

universiti di jordan

Di Jordan bukan sahaja terkenal dengan Universiti yang menyediakan kursus berasaskan agama tetapi juga terdapat Universiti terkenal yang menyediakan kursus seperti Kedoktoran dan Kejuruteraan.

[Sudah Baca?] Penawaran Biasiswa Kerajaan Arab Saudi Untuk Pelajar Malaysia

Jadi kepada pelajar-pelajar yang telahpun memohon bagi melanjutkan pengajian di Universiti di Jordan, anda kini boleh membuat semakan permohonan.

Semakan Permohonan Di Universiti Di Jordan

Melalui pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dimaklumkan bahawa, keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti-Universiti di Jordan bagi Sesi 2019/2020 boleh dibuat secara atas talian di bermula pada 14 Ogos 2019 (Rabu).

Pelajar-pelajar boleh membuat semakan di pautan ini bermula jam 12.00 tengahari pada hari rabu tersebut.

universiti di jordan

Bagi pelajar yang layak untuk melanjutkan pelajar di Jordan anda seharusnya tiba di sana bermula 29 Ogos hingga 5 September 2019 kerana pendaftaran semester baru bagi Universiti di Jordan bermula pada 14 September 2019.

Pihak Education Malaysia Jordan (EMJ) menyeru kepada semua pelajar memberi kerjasama dengan melengkapkan maklumat penerbangan dan ketibaan pelajar Malaysia ke Jordan 19/20 sebaik sahaja memiliki tiket penerbangan melalui facebook EM Jordan.

Ini kerana bagi menyelaraskan urusan pengangkutan, penempatan dan urusan pendaftaran pelajar di universiti.

Sebarang kelewatan mengisi maklumat berkenaan akan menyebabkan urusan-urusan tersebut tergendala dan menjejaskan proses kemasukan ke universiti.

Bagi urusan permohonan visa ke Jordan pula adalah percuma dan boleh diperolehi di kaunter Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia Amman Jordan.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6226/6627.

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here