advertisement

Untuk makluman kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia 2020, keputusan SPM tahun 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 mulai jam 10.00 pagi bagi seluruh Malaysia.

Pengumuman ini dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui kenyataan media yang dikeluarkan seterusnya dikongsikan di laman media sosial facebook dan twitter.

Keputusan SPM Diumumkan Pada 10 Jun 2021

Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:

  • Boleh dibuat secara dalam talian (online) di pautan myresult.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my atau di sppat.moe.gov.my/semakan untuk mendapatkan keputusan penuh ATAU
  • Menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip; SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 10 Jun 2021 sehingga 6 petang pada 17 Jun 2021.

Manakala bagi calon SPM 2020 yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenalpasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Admin doakan supaya calon SPM 2020 mendapat keputusan peperiksaan yang terbaik

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here