Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Pada awal Februari yang lepas, pihak KPM memberitahu di mana mempelawa orang ramai terutamanya golongan pendidik serta ibu bapa mengemukakan cadangan dan idea bagi menambahbaikan sistem pendidikan negara. 

Kini Anda Boleh Mencadangkan Penambahbaikan Sistem Pendidikan Negara

Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD), yang ditubuhkan untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara, termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan dari peringkat prasekolah sehingga universiti, yang turut meliputi aspek kesedaran sivik dan pembentukan nilai-nilai murni, mengalu-alukan orang ramai mengemukakan idea dan cadangan ke arah membawa penambahbaikan ke atas sistem pendidikan negara.
“Kami bersikap terbuka, kami mahukan idea, kami konstruktif kepada pandangan dan idea,” kata Pengerusi JKD, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid pada sidang media yang diadakan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya hari ini.
Setakat ini, JKD sudah mengadakan sesi libat urus secara bersemuka dengan kira-kira 2,500 pemegang taruh terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk ahli akademik, industri, pelajar dan tenaga pengajar.
Selain itu JKD juga telah menerima kira-kira 2,000 maklum balas daripada orang awam menerusi saluran media sosial dan platform atas talian yang lain. Berharap dengan idea baru yang disumbangkan oleh orang ramai dapat meningkatkan lagi taraf sistem pendidikan Malaysia dan memberi manfaat kepada semua golongan
Jadi kepada orang ramai yang ingin melontarkan idea penambahbaikan tersebut terdapat 3 cara atau saluran yang disediakan:

1.   Cadangan boleh dikemukakan menerusi >> https://goo.gl/forms/fq0dj2BFqQPoGEZx1<<

2.   Selain itu, anda boleh lontarkan idea anda terus ke email >> jkkdpn@gmail.com <<

3.  Alamat surat-menyurat juga disediakan:

Sekretariat Jawatankuasa Kajian
Dasar Pendidikan Negara (JKD),
Bahagian Perancangan dan 
Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3 Blok E8, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya
Anda perlulah berbuat demikian sebelum tarikh akhir iaitu pada : 28 Februari 2019

Pendidikan Untuk Semua

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain