advertisement

Sekolah di Selangor di tutup akibat jerebu yang melanda kini di negeri tersebut. Menerusi kenyataan media daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, JPNS sendiri memberi tahu 29 buah sekolah di negeri Selangor akan ditutup bimbang akan akibat jerebu melanda Malaysia ketika ini.

Jika pada hari selasa yang lepas, sekolah berada di negeri Sarawak juga ditutup akibat jerebu dan kini ianya sekali lagi terjadi tetapi di negeri Selangor pula.

Menerusi kenyataan itu juga, pihak JPN memberitahu sebuah sekolah telapun ditutup pada hari Khamis iaitu bersemaan 12 September 2019 iaitu 5 buah sekolah yang melibatkan hanya di daerah Klang dan melibatkan 10100 orang murid

Sekolah Di Selangor Di Tutup Akibat Jerebu

Tambahan daripada kenyataan tersebut, bermula 13 September 2019 iaitu pada hari Jumaat, sebanyak 29 sekolah pula akan ditutup akibat jerebu di negeri Selangor dan daerah yang terlibat adalah Klang dan Kuala Langat.

Kawasan tersebut telah mencecah IPU tidak sihat. Jadi 29 sekolah tersebut ditutup pada hari jumaat yang melibatkan 45265 orang murid bagi sekolah SMK, SK, SJKC dan SJKT.

JPN Selangor meningatkan sekiranya pihak sekolah mendapati bacaan IPU di kawasan mereka melebih 200, pihak sekolah perlu mengambil tindakan selaras dengan surat siaran KPM bilangan 1/2019 dengan menutup sekolah serta merta sehingga keadaan kembali pulih.

Jadi kepada orang ramai yang berada di kawasan berdekat, sila ambil tindakan berjaga-jaga bagi ketika jerebu bagi mengelakkan kejadian lebuh buruk berlaku. Pastikan minum air yang cukup dan kurangkan aktiviti luar terutamanya bagi golongan kanak-kanak.

sekolah di selangor di tutup

sumber gambar : media selangor

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here