advertisement

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim persekolahan 2021 bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan bagi hebaan umum khusus kepada pelajar dan warga pendidik.

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini dimana pada tahun 2021 kelak, persekolahan akan bermula sedikit lambat iaitu pada pertengahan Januari yang berbeza seperti tahun-tahun sudah.

Ini kerana disebabkan sesi persekolahan yang telah ditangguh lebih 5 bulan sebelum disebabkan serangan pandemik COVID-19 yang berlaku di seluruh Malaysia. Jadi sekolah terpaksa ditutup.

Jadi untuk kali ini, anda boleh semak terus untuk takwim persekolahan 2021 termasuk cuti sekolah sepanjang tahun tersebut.

Takwim Persekolahan 2021 Termasuk Cuti Persekolahan

Adalah yang dimaklumkan bahawa penggal persekolahan bagi sesi tahun 2021 akan bermula pada 20 Januari 2021 dan tamat pada 9 Disember 2021 bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan Terengganu).

Manakala bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya), penggal persekolahan bagi sesi tahun 2021 akan bermula pada 20 Januari 2021 dan tamat pada 10 Disember 2021

Penggal Persekolahan Tahun 2021

KPM juga telah menyelaras tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2021 yang melibatkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya AidilFitri, Hari Keaamatan, Hari Gawai Dayak, Deepavali dan Hari Krismas.

Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya AidilFitri dan Deepavali. Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti.

takwim persekolahan 2021

Anda boleh dapatkan dan muat-turun Takwim Persekolahan 2021 di pautan ini

sumber gambar : BharianOnline

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here