advertisement

Semangat Kemerdekaan pastinya membara apabila tibanya bulan Ogos yang juga digelar bulan Kebangsaan. Dimana kita akan menyambut Hari Kemerdekaan setiap tahun pada 31 Ogos.

Dalam masa yang sama pula, bulan Ogos ini juga kita telah mendapat seorang Perdana Menteri yang baru sekali gus menjadikan beliau Perdana Menteri ke-9 iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob.

Dengan semangat Kemerdekaan ini lah, seorang pengguna facebook yang juga seorang guru, Cikgu Firdauz Abdullah telah kongsikan kepada orang ramai ilustrator kesemua individu 8 Perdana Menteri Malaysia.

Melalui perkongsian tersebut, terdapat ilustrator Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

“Ok korang tak perlu mesej atau emel aku untuk gambar semua Perdana Menteri ni, ambil sahajalah dan sebar luaskan lah ya? Jenuh melukis ni tau, lenguh jari”

Beliau juga membenarkan mana-mana pihak untuk menggunakannya. Mungkin boleh dibuat pertambahan warna, print dan buat frame dan sebagainya.

Untuk versi imej PNG dan resolusi tinggi (300dpi), anda boleh dapatkan di Telegram beliau di https://t.me/byFidodoodles

Beliau akhiri dengan ucapan terima kasih kerana selalu menyokong dan mendoakan beliau sekeluarga.

sumber : TcherCollection – TC daripada Firdauz Abdullah

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here