advertisement

Pada Februari yang lepas pihak KPM telah memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang kreatif untuk memberi idea bagi mencipta Tema Hari Guru 2019. Pertandingan itu telah pun tutup pada 3 Mac 2019 yang lepas.

Kini setelah hampir sebulan, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan secara rasmi Logo dan Tema Hari Guru 2019 bersempena Hari Guru pada 16 Mei yang disambut setiap tahun di Malaysia.

Isi kandungan

Logo Hari Guru 2019

logo hari guru 2019

Logo Ini Memberi Maksud:  

  • Buku melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca serta menzahirkan hasrat untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara yang berbudaya membaca.
  • Ikon orang melambangkan Guru dan Murid berpisah tiada. Guru mendidik murid sehingga berjaya. Murid berjaya akan tetap menghargai gurunya sepanjang hayat.
  • Pemilihan warna emas (gold) memperlihatkan martabat (perumpamaan) seorang guru yang dikasihi (dalam kontek warna). Dalam kontek nilai seorang guru – jasa guru tidak ternilai.

Tema Hari Guru 2019

tema hari guru 2019

GURU, OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI TEMA SAMBUTAN HARI GURU 2019

Menteri Pendidikan, YB Dr. Mazlee Malik di The Top Pulau Pinang malam tadi (21 Mac 2019) memperkenalkan tema dan logo sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 iaitu “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”. Majlis sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan pada 16 Mei 2019 di Pulau Pinang.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here