Berita baik untuk anak Perak, anda boleh mohon Dermasiswa Yayasan Perak bagi setiap pelajar yang telah memasuki dan menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi sama ada bagi dalam dan luar negara.
Bantuan pelajaran ini adalah bertujuan bagi meringankan beban mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke IPT di dalam dan luar negara.
Selain itu juga, Dermasiswa Yayasan Perak ini juga menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar negara untuk tahun 2020.
Isi kandungan
Cara Memohon Dermasiswa Yayasan Perak (Dalam dan Luar Negara)
Permohonan dibuka sepanjang tahun dan tarikh tutup adalah 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke IPT. Anda boleh mohon secara online dan manual
atau anda boleh mohon secara manual dengan dapatkan Borang Permohonan disini atau boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.
BACA : Bantuan Awal Pengajian Dan Dermasiswa Daripada MAIDAM
Dermasiswa Yayasan Perak (Dalam Negara)
Bantuan ini adalah secara one-off berdasarkan peringkat pengajian :
- Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional) = RM300.00
- Diploma = RM500.00
- Ijazah Sarjana Muda = RM1,000
- Ijazah Sarjana (Master) = RM1,500
- Ijazah Doktor Falsafah (PhD) RM2,000
Syarat Kelayakan
- Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai.
- Permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA.
- Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
- Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
- Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
- Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).
Download senarai IPT terpilih (Dalam Negara) disini
Dermasiswa Yayasan Perak (Luar Negara)
Kadar pembayaran adalah mengikuti Kategori Negara iaitu Kategori A dan Kategori B
Kategori A | Kategori B |
---|---|
1. Bangladesh 2. India 3. Pakistan 4. Thailand 5. Myanmar 6. Indonesia 7. Filipina 8. Sri Lanka 9. Mesir | 1. Australia 2. Austria 3. Belgium 4. Switzerland 5. Kanada 6. Denmark 7. Itali 8. Jepun 9. Jerman 10. Jordan 11. Malta 12. Maghribi 13. Belanda 14. New Zealand 15. Turki 16. Uganda 17. Ukraine 18. United Kingdom 19. Amerika Syarikat 20. Norway 21. Perancis 22. Poland 23. Czech Republik 24. Ireland Republik 25. Sweden 26. Russia 27. Singapura 28. Afrika Selatan 29. Korea Selatan 30. Sepanyol 31. Sudan 32. China 33. Arab Saudi 34. Brunei 35. Hong Kong 36. Iran 37. Iraq 38. Kuwait 39. Libya 40. Taiwan 41. West Indies |
Bantuan ini adalah secara one-off berdasarkan peringkat pengajian :
- Diploma A = RM1,500, B = RM2,500
- Ijazah Sarjana Muda, A = RM3,000, B = RM5,000
- Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah A = RM4,000, B = RM6,500
Syarat Kelayakan
- Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu semester pertama di tahun pertama pengajian sahaja.
- Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar Negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar, Mobiliti Pelajar, Program Berkembar atau Latihan Industri di IPT luar Negara TIDAK termasuk dalam bantuan ini.
- Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
- Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
- Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
- Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
- Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).

Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke pautan Dermasiswa Yayasan Perak di http://yayasanperak.gov.my/v5/dermasiswa-harapan-dalam-dan-luar-negara/