Bagi pelajar lepasan STPM dan Setaraf, jika berkelayakan jangan lupa untuk mohon bantuan pendidikan melalui Yayasan Wilayah Persekutuan bagi sesi akademik tahun 2020/2021. Mohon segera!

Yayasan Wilaya Persekutuan (YWP) ingin mempelara anak-anak Wilayah Persekutuan yang berkelayakan untuk memohon Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP bagi melanjutkan pelajaran melalui program di peringkat Ijazah Pertama di Institusi-Institusi Pengajian Awam (IPTA) secara sepenuh masa bagi kemasukan semester pertama sesi 2020/2021

BACA : Mohonlah Segera Bagi Kemasukan Pelajar Baru MSN MAIWP 2020

Skim Biasiswa Pengajian Tinggi Yayasan Wilayah Persekutuan

Permohonan boleh dibuat bermula sekarang sehingga 7 September 2020. Anda perlu dapatkan borang permohonan melalui laman sesawang Yayasan Wilayah Persekutuan atau hadir sendiri ke pejabatan Yayasan Wilayah Persekutuan. Dapatkan borang secara online dibawah

yayasan wilayah persekutuan

Syarat Permohonan

  1. Pemohon warganegera Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL/Putrajaya/Labuan) serta pemohon/ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan
  2. Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1000 sebulan.
  3. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain
  4. Tawan adalah tertakluk kepada:
    • Penerimaan tawaran pengajian dariapda IPTA Awam di peringkat Ijazah Pertama
    • Kemasukan ke semester 1, tahun 1

Kelayakan Akademik

Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.

Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.30 dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ Pra-Universiti/ Foundation atau Diploma

Cara mengisi Borang

Pastikan Borang Permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengna pen dalam HURUF BESAR

Sila sertakan bersama gambar terbaru pemohon berukuran pasport.

Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:-

  • Surat beranak
  • Kad penganalan pemohon dan ibubapa/penjaga
  • Penyata gaji/slip pencen terbaru ibubapa/penjaga serta surat akuan bersumpah bagi mereka yang bekerja sendiri/tidak bekerja
  • Surat tawaran kemasukan ke IPTA (jika ada)
  • Keputusan /transkrip peperiksaan
    • SPM
    • STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma

Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan untuk temuduga.

Sila catatkan “Skim Biasiswa Pengajian Tinggi” pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Untuk sebarang maklumat, boleh hubungi pihak Yayasan Wilayah Persekutuan

No. 134, Wisma YWP,
Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu
50300 Kuala Lumpur

Nombor Telefon : 03-2698 3073
Nombor Faks : 03-2698 3075
Emel : info@yayasanwp.org.my
Laman web : www.yayasanwp.org.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here