Yayasan Bank Rakyat telah mengumumkan dimana, calon sudah boleh mula memohon Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) bermula sekarang hingga 15 Julai 2020.
Tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) bagi tier 1 ini terbuka kepada pemohon yang sedang melanjutkan pengajian ke peringkat sijil kemahiran, diploma kemahiran dan diploma akademik di universiti awam serta swasta dalam negara.
Isi kandungan
Mohon Segera PPBU Yayasan Bank Rakyat

Permohonan PPBU Yayasan Bank Rakyat boleh dibuat bermula 1 Jun hingga 15 Julai 2020 di pautan dibawah
Pengajian Terlibat
Permohonan kali ini dibuka kepada semua pelajar dalam pengajian dibawah bagi universiti awam serta swasta dalam negara
- Sijil Kemahiran
- Diploma Kemahiran
- Diploma
Permohonan dibuka kepada semua program pengajian kecuali kursus Perubatan dan Aviation (Lisen). Tetapi keutamaan diberi kepada :
- Accounting
- Banking
- Business Management
- Human Resources
- Economy
- Media Communication
- Law
- Actuarial Science
BACA : Permohonan Bantuan Sara Hidup Dan Kecemasan Bagi Mahasiswa Anak Perak
Syarat Permohonan
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 30 tahun
- Bagi lepasan SPM yang berada dalam semester pertama
- Pemohon perlu buka akaun Bank Rakyat sekurang-kurangnya RM100 ada di dalam akaun tersebut.
Syarat Akademik
- Pelajar yang belajar sepenuh masa di universiti awam dan swasta
- Sekurang-kurangnya peroleh 5A dalam SPM 2019 atau
- PNGK 3.0 bagi peringkat STPM, STAM atau peringkat Diploma
Kadar Bayaran Balik
Program Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU), Yayasan Bank Rakyat merupakan program tajaan pendidikan dan pembayaran balik adalah bergantung kepada keputusan akhir pelajar tersebut. Ianya juga boleh bertukar kepada biasiswa penuh jika memenuhi syarat seperti dibawah
CGPA | Diskaun | Peratusan Bayaran Balik |
---|---|---|
3.50 – 4.00 | 100 | 0 |
3.00 – 3.49 | 70 | 30 |
2.75 – 2.99 | 50 | 50 |
2.50 – 2.74 | 30 | 70 |
2.50 | 0 | 100 |
Untuk maklumat lanjut:
Yayasan Bank Rakyat,
8th Floor, Tower 1,
Menara Kembar Bank Rakyat,
No.33, Jalan Rakyat,
50470, Kuala Lumpur, Malaysia
PHONE: +603 2612 9600
FAX: +603 2260 1050
EMAIL: yayasan@bankrakyat.com.my