advertisement
Pihak UPUOnline telah memberitahu dimana, tarikh permohonan UPU dilanjutkan sehingga 17 April 2020 disebabkan krisis pandemik COVID-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku di seluruh Malaysia.
Pastinya ini berita baik kepada lepasan SPM dan STPM/Setaraf yang ingin memohon UPU bagi kemasukan ke Universiti Awam bagi sesi akademik 2020/2021. Jika sebelum ini tarikh UPU sepatutnya ditutup pada awal April 2020.
Isi kandungan
Permohonan UPU Dilanjutkan
Jadi kepada lepasan SPM dan STPM/Setaraf bagi tahun 2019, anda boleh memohon UPUOnline sehingga 17 April 2020 (Jumaat) melalui pautan di bawah. Untuk pembelian nombor PIN pula adalah sebelum 16 April 2020
Tarikh-Tarikh Penting Kemasukan Pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2020/2021
Lepasan SPM
- Tarikh tutup permohonan UPUonline – 17 April 2020
- Temu duga dan ujian – 29 April hingga 20 Mei 2020
- Hebahan keputusan – 3 Jun 2020 (Jangkaan)
Lepasan STPM/Setaraf
- Tarikh tutup permohonan UPUOnline – 17 April 2020
- Temu duga dan ujian – 1 Jun hingga 21 Julai 2020
- UPPOnline Fasa 2 (Kemaskini pilihan program bagi lepasan Matrikulasi/Asasi dan muatnaik dokumen bagi lepasan Diploma/Setaraf) – 20 hingga 24 Julai 2020
- Hebahan keputusan – 18 Ogos 2020 (Jangkaan)

advertisement