advertisement


Secara ringkas, di bawah akta berkanun, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan peperiksaan-peperiksaan tertentu, termasuklah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Di samping mengendalikan peperiksaan, MPM turut bertanggungjawab untuk menyediakan sukatan pelajaran peperiksaan bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan pada peringkat STPM.

MPM Meperkenalkan Mata Pelajaran Baharu STPM 2020

Mengikut penyertaan di portal rasmi MPM, terdapat 23 Mata Pelajaran yang ditawarkan bagi peringkat STPM seperti Bahasa Melayu, Pengajian Am,  Syariah, Usuluddin dan yang terbaru adalah Tahfiz Al-Quran (932)





Ringkasan Penerangan

Sukatan Pelajaran Peperiksaan Tahfiz Al-Quran STPM ini digubal untuk membuka ruang kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Tahfiz Al-Quran pada peringkat STPM.
Sukatan pelajaran peperiksaan ini pertama kali diperkenalkan bagi peperiksaan STPM dan mula digunakan pada tahun 2019 (Mungkin pada ambilan baru kelak). Sukatan Pelajaran Peperiksaan Tahfiz Al-Quran STPM ini adalah kesinambungan di antara sukatan pelajaran peringkat SPM dan peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Melalui sistem pentaksiran yang baharu ini, pengajian tingkatan enam dibahagikan kepada tiga semester dan calon akan menduduki peperiksaan pada akhir setiap semester. Tujuan utama MPM memperkenalkan sistem pentaksiran baharu ini adalah untuk menambah baik orientasi pengajaran dan pembelajaran di Pusat Tingkatan Enam agar selari dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan di universiti.
Sukatan pelajaran peperiksaan ini memberikan pendedahan kepada calon tentang ilmu Tahfiz Al-Quran. Sukatan ini mengandungi komponen kerja kursus yang wajib dilaksanakan oleh calon. Aspek kerja kursus penting kerana melaluinya, calon bukan sahaja belajar untuk menguasai ilmu tertentu, malah calon juga akan dapat menerapkan kemahiran insaniah dalam diri mereka melalui pengalaman yang diperoleh semasa melaksanakan kerja kursus tersebut. 

Untuk lebih perincian berkaitan dengan Mata Pelajaran Tahfiz Al-Quran (932), untuk contoh soalan, format, perincian kanduangan dan sebagainya :

Prospek Kerjaya

Di samping ilmu Al-Quran yang diperoleh, mata pelajaran Tahfiz Al-Quran (932) juga memberi ruang kerjaya yang luas antaranya adalah : 
  1. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
  2. Guru Al-Quran
  3. Penolong Pegawai Tadbir
  4. Penghulu/Ketua Kampung
  5. Pegawai Penyelaras Masjid Daerah
  6. Guru Ta’mir
  7. Penolong Pegawai Agama
  8. Kaunseling Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Kandungan Mata Pelajaran

Semester Tajuk Jam Pengajaran
1
Hifz Al-Quran
Maharat al-Qiraat
87
2
Hifz Al-Quran
Maharat al-RasmDhabt Al-Quran, dan al-Fawasil
87
3
Hifz Al-Quran
Maharat Ulum Al-Quran
87
Pendidikan Untuk Semua

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here