advertisement

Berita baik kepada anak Kedah, anda kini sudah boleh mula memohon Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Tempatan. Permohonan boleh dilakukan secara online sahaja.

Bantuan ke IPT tau dikenali sebagai Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran ke IPT adalah bantuan yang diberikan kepada pelajar yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan Sarjana Muda. Bantuan ini adalah secara one-off yang disediakan oleh pihak Zakat Kedah.

BACA : Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Bagi Dalam Dan Luar Negara

Mohon Bantuan Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Tempatan

Permohonan Dermasiswa daripada Zakat Kedah ini kini dibuka kepada yang layak dan memenuhi syarat. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan IPT Zakat Kedah dibawah.

Cara Memohon

Bagi permohonan baru, selepas pergi ke pautan diatas, anda perlu tekan butang “PERMOHONAN BARU”.

Untuk semakan dan cetakan borang, anda boleh masukkan no kad pengenalan dan kata laluan, kemudian tekan butang “SEMAK”.

  1. Isikan setiap butiran dengan LENGKAP DAN JELAS.
  2. Muat naik (upload) dokumen lampiran pada ruangan yang disediakan.
  3. Dokumen yang perlu disertakan bersama permohonan:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar)
    • Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penjaga
    • Surat Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
    • Salinan Slip Bank/ Resit Pembayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Akaun pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT.
    • Salinan Akaun Bank Pemohon (Pelajar)
  4. Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengetua, Guru Besar, Penghulu) atau Imam/ Penolong Amil bagi kariah masjid
  5. Jika sudah lengkap kesemuanya, klik “HANTAR PERMOHONAN”

Syarat Permohonan Dermasiswa

Untuk memohon Dermasiswa Melanjutkan Pelajaran ke IPT Tempatan, anda perlu memenuhi syarat, antaranya :

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin/ menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).
  3. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2020 sahaja dan telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.
  4. Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga(3) bulan pengajian.
  5. Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.
  6. Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).
  7. Pelajar yang menyambung pengajian dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah tidak layak memohon bantuan awal IPTA.
  8. Borang permohonan yang lengkap diisi oleh pemohon hendaklah dihantar beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan.
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here