advertisement

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan, murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.

Sebelum ini, KPM telah mengumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP0 secara bersemuka akan dilaksanakan mula 1 Mac 2021 secara berperingkat iaitu mulai dengan pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya.

BACA : Pembukaan Semula Sekolah Bermula 1 Mac Secara Berperingkat

Oleh sebab itu, mengikut Surat Pekeliling ikhtisas 3/1983: Pakaian Sergama Murid-Murid Sekolah mewajibkan murid perlu memakai pakaian seragam sekolah untuk hadir ke sekolah.

Murid Dibenarkan Memakai Pakaian Yang Sesuai Untuk Hadir Ke Sekolah

Walaubagaimanapun, mengambil kira keadaan semasa terutamanya kepada ibu bapa dan keluarga yang terjejas dikala pandemik ini, KPM memaklumkan bahawa murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah.

Kebenaran ini diberi mulai 1 Mac hingga 26 Mac 2021 sahaja iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan tahun 2021. Dengan keputusan ini, diharap semua murid dapat kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka tanpa memikirkan pakaian seragam yang perlu di pakai.

pakaian yang sesuai
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here