Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memutuskan dimana menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan berlangsung untuk 25 hari persekolahan.
Pengumumam ini dibuat oleh Dr. Mohd Radzi Bin Md Jidin, Menteri Pendidikan Malaysia di dalam sidang media khas KPM selepas mengambil kira keadaan negara yang masih dilanda pandemik COVID-19 yang belum pasti bila akan berakhir.
BACA : SPM 2021 Akan Diadakan Pada Mac 2022
Tempoh PdPR ini akan berlangsung selepas habis Cuti Pertengahan Tahun yang telah bermula 28 Mei hingga 13 Jun 2021 yang akan datang.
Tempoh PdPR Untuk 25 Hari Persekolahan
Berikut merupakan tarikh permulaan PdPR bagi sekolah-sekolah di kumpulan A dan kumpulan B :
- 13 – 16 Jun 2021 – Sekolah bagi Kumpulan A
- 14 – 17 Jun 2021 – Sekolah bagi Kumpulan B
Kumpulan AÂ : Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
Kumpulan BÂ : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)

Jadi selepas ini, murid akan mula bersekolah kembali tetapi hanya melalui kaedah PdPR sahaja dan tidak perlu kembali ke sekolah sehinggalah Cuti Pertengahan Penggal. Pihak KPM akan maklumkan seminggu lebih awal jika sekolah akan dibuka kelak.