advertisement

Kerajaan membenarkan para pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali negeri Sarawak selepas mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negera (MKN)

BACA : Kemasukan Semula Pelajar Ke IPT Bermula 1 Mac 2021

Seperti kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPT, pergerakan pelajar untuk pulang ke rumah masing-masing akan dilaksanakan secara berfasa iaitu bermula 7 hingga 12 Mei ini dan pulang ke kampus adalah pada 15 hingga 20 Mei 2021.

Pergerakan Pulang Pelajar IPT Sambut Aidilfitri

Pelajar IPT diberi pilihan untuk pulang atau kekas di kampung masing-masing sempena cuti perayaan tersebut.

Tetapi jika mahu pulang, mereka perlu patuhi SOP yang ditetapkan oleh KPT dan MKN dimana pergerakan hanya menggunakan 3 kaedah sahaja iaitu :

  • Kenderaan sendiri
  • Dijemput oleh ibu bapa atau penjaga
  • Menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT

Pelajar tidak dibenarkan pulang menaiki kenderaan awam kecuali menggunakan perkhidmatan penerbangan. Dalam masa yang sama KPT akan mengeluarkan surat rasmi pemakluman bagi setiap pelajar untuk tujuan rentas negeri atau daerah untuk pulang ke rumah dan kembali ke kampus semula kelak.

Untuk dapatkan SOP penuh bagi pergerakan pulang berhari raya ini, boleh dapatkan di website MOHE atau klik [SINI]. Untuk maklumat lanjut, pelajar boleh oleh hubungi penyelaras di IPT masing-masing atau Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628.

Semua pihak mestilah mematuhi SOP yang sedang berkuat kuasa sehingga arahan terkini berhubung perkara ini dimaklumkan.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here