advertisement

Kerajaan telah mengumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dimana pelajar juga tidak ketinggalan menerima bayaran one-off tersebut.

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan Pakej Rangsangan sebentar tadi yang dinamakan PRIHATIN khusus kepada rakyat Malaysia dan ekonomi negara.

prihatin

Secara total, Kerajaan membelanjakan RM250 bilion yang pastinya akan memberi manfaat kepada semua rakyat. Ini semua dibuat kerana masalah global yang sedang melanda termasuk di Malaysia iaitu menghadapi krisis COVID-19.

Baca Juga : Taska, Sekolah Dan Universiti Ditutup Untuk Melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan

Daripada jumlah itu, RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat dan RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuhkan ekonomi negara.

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Juga Menerima Bantuan One-Off Daripada PRIHATIN

Dalam pembentangan tersebut, YAB Perdana Menteri memberi tahu dimana tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind. YAB PM juga mengumumkan bayaran one-off kali ini juga diberi kepada golongan M40 dan kebawah. Jadi lebih ramai lagi rakyat yang bakal menerima bantuan ini.

Antara golongan yang menerima bayaran tersebut termasuk pelajar institusi pengajian tinggi. Pelajar ini akan menerima menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020 kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS .

Jom kita tengok siapakan golongan lain yang bakal menerima bantuan one-off ini.

  1. RM1600 – Isi rumah pendapatan bulanan RM4000 dan ke bawah
  2. RM1000 – Isi rumah pendapatan bulanan RM4000 hingga RM8000
  3. RM800 – Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2000 dan ke bawah
  4. RM500 – Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2000 hingga RM4000
  5. RM200 – Para pelajar institusi pengajian tinggi.
  6. RM500 – Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk bekerja secara kontrak
  7. RM500 – Pesara Kerajaan
  8. RM500 – Pemandu e-hailing
  9. RM500 – Pemandu Teksi
  10. Internet percuma kepada semua pelanggan bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat.

Hampir semua langkah ini adalah secara one-off supaya tidak membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan dalam jangka masa sederhana.

Diharap, ini akan memberi manfaat kepada semua penerima dan mempergunakannya bagi perkara yang berfaedah kelak terutamanya pelajar-pelajar. Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan PRIHATIN ini, anda boleh lihat infografik di pautan ini

advertisement

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here