advertisement

Hari ini melalui surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak KPM dimana penguatkuasaan pemakaian kasut dan stoking hitam atau putih oleh murid sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia mula tahun 2021.

BACA : Dr. Maszlee Malik Umum Letak Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan Malaysia

Keputusan ini dibuat bagi memudahkan ibu bapa dalam memenuhi keperluang anak-anak bagi menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermula sesi persekolahan baharu untuk tahun 2021 kelak.

Jadi mulai tahun 2021 nanti, semua murid dibenarkan untuk memilih sama ada memakai kasut berwarna hitam atau bewarna putih serta stoking mengikut warna kasut yang dipakai.

Pelaksanaan Pemakaian Kasut Dan Stoking Bermula 2021

Peraturan pemakaian kasut dan stokong oleh murid sekolah rendah dan sekolah menengah sepanjang sesi persekolahan mulai tahun 2021 adalah seperti berikut :

  • Kasut berwarna hitam hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna hitam ATAU
  • Kasut berwarna putih hendaklah dipakai bersama-sama stokong berwarna putih.

Selain itu, KPM juga telah menetapkan bahawa kasut adalah yang diperbuat daripada kanvas atau daripada bahan sintetik lainnya seperti nylon dan polyester yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara dengan mengambil kira faktor keselesaan, keselamatan dan kesihatan (3S)

sumber : KPM

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here