advertisement

Berita baik kepada peminjam PTPTN, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadangan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selamat 3 bulan lagi.

Pengumuman dibuat menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan dikongsikan di media sosial Kementerian Pengajian Tinggi

Sebelum ini, Kerajaan bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai awal PKP iaitu 19 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam PTPTN.

Tangguh Bayaran Semula Pinjaman PTPTN

Walaubagaimanapun, penangguhan ini adalah kepada peminjam yang layak sahaja. Oleh itu, peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai 5 Januari 2021 hingga 31 Mac 2021. Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan pelanjutan diluluskan.

Keputusan lanjutan pembayaran ini membuktikan keperihatinan Kerjaan dan menyedari terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19.

Sebarai pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here