KPT hari mengeluarkan kenyataan media dengan memaklumkan bahawa aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) hendaklah dilaksanakan secara online (dalam talian) sehingga 31 Disember 2020.

Keputusan ini berikutan penularan pandemik COVID-19 yang sedang berlaku diseluruh dunia termasuk Malaysia. Justeru itu, melalui Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tersebut berkaitan akviti akademik di kampus IPT.

Sesi Pembelajaran Dilakukan Secara Online

secara online

Jadi sehingga 31 Disember 2020 ini, segala aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilakukan secara dalam online dan aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.

Walau bagaimanapun, arahan ini diberikan pengecualian kepada 5 kategori pelajar seperti yang dimaklumkan oleh KPT.

Dengan Serta-Merta

Pelajar Pasca-Siswazah mod penyelidikan di Universiti Awam (UA) dan IPTS diberikan kebenaran menyambung penyelidikan dengan kadar segera.

BACA : Pembayaran One-Off RM200 Kepada Pelajar IPT Melalui Pakej PRIHATIN

Kebenaran ini kepada pelajar yang perlu hadir secara fizikal ke makmal, bengkel, studio reka bentuk atau memerlukan peralatan khusus bagi menjalankan penyelidikan.

Tertakluk Kepada Tarikh Penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

1. Pelajar Semester/Tahun Akhir bagi pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang perlu melaksanakan kerja-kerja klinikal, latih amal, makmal, bengkel, studio reka bentuk, praktikal atau yang memerlukan peralatan khusus. Pelajar dalam kategori ini dibenarkan untuk melaksanakan PdP di kampus seawal 1 Julai 2020

2. Pelajar Semester/Tahun Akhir yang tidak mempunyai akses yang diperlukan dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian. Pelajar Kategori ini dibenarkan untuk pulang ke kampus seawal 1 Julai 2020, dan menggunakan infrastruktur di kampus bagi PdP secara dalam talian.

3. Pelajar keperluang khas yang mengikut program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Politeknik dan Kolej Komuniti yang perlu mendapatkan bimbingan secara bersemuka bagi melaksanakan PdP kerana masalah pembelajaran, adalah dibenarkan seawal 1 Ogos 2020.

Kemasukan Bagi Pelajar Baharu Bagi Sesi Akademik 2020/2021

Pelajar baharu bagi sesi akademik 2020/2021 di semua UA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti bagi kemasukan ke peringkat Sijil, Asasi dan Diploma untuk lepasan SPM serta kemasukan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi lepasan STPM/Setaraf.

Kemasukan pelajar adalah secara berperingkat seperti berikut :

  1. Kemasukan pelajar Sijil dan Diploma Politeknik serta Kolej Komuniti seawal 1 Julai 2020
  2. Kemasukan pelajar Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTS seawal 1 Julai 2020
  3. Kemasukan pelajar Asasi dan Diploma di UA seawal 1 Ogos 2020
  4. Kemasukan pelajar Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah mod Penyelidikan di UA dan IPTS seawal 1 Oktober 2020

Penetapan ini adalah tertaklu kepada arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Untuk maklumat lanjut, boleh layari pautan KPT

sumber imej : mygreeump

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here