Berita baik untuk lepasan SPM, Yayasan Bank Rakyat ini telah membuka permohonan bagi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) untuk tahun 2021. Jika layak dan berminat, boleh mohon sekarang.
Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) daripada Yayasan Bank Rakyat ini dibuka kepada pemohon dalam golongan susah dan memerlukan. Ianya bagi menampung kos perbelanjaan ketika belajar sekali gus mengurangkan beban kewangan ketika sambung belajar di universiti.
BACA : Biasiswa, Pinjaman, Zakat Dan Bantuan Pelajaran Untuk Tahun 2021
Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) boleh berubah kepada Biasiswa Penuh atau pengurangan bayaran balik. Kesemuanya bergantung kepada keputusan akhir peperiksaan atau CGPA bagi setiap peringkat pengajian.
Isi kandungan
Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat Untuk Tahun 2021
Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat ini dibuka kepada 2 peringkat iaitu peringkat pertama dan kedua dan ianya berbeza mengikut peringkat pengajian
Peringkat Pertama (Sijil Kemahiran, Diploma Kemahiran, Diploma) | 14 Jun hingga 30 Julai 2021 |
Peringkat Kedua (Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Sijil Profesional) | 14 Ogos hingga 30 September 2021 |
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di portal Yayasan Bank Rakyat (YBR) di www.yayasanbankrakyat.com.my kemudian klik pada banner PPBU YBR dan tekan pada butang Register untuk buat permohonan.

Bidang Pengajian
PPBU YBR ini terbuka kepada semua IPTA dan IPTS dalam semua bidang pengajian kecuali Perubatan dan Aviation (License)
Akan tetapi, keutamaany diberi kepada bidang pengajian berikut :
- Akaun
- Banking
- Business Management
- Human Resources
- Ekonomi
- Media Communication
- Law
- Actuarial Science
Syarat Permohonan
Syarat AM
- Terbuka kepada semua rakyat Malaysia
- Hanya terbuka kepada pelajar sepenuh masa di IPTA dan IPTS seluruh Malaysia
- Terbuka kepada bidang pengajian yang diiktiraf oleh JPA, MQA
Syarat Khusus (Peringkat Pertama)
Sijil Kemahiran
- Rakyat Malaysia
- Pelajar sepenuh masa
- Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
- Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
- Lulus SPM sekurang-kurangnya 2 kredit termasuk Bahasa Malaysia
- Tempoh pengajian tahap 1 kepada tahan 3 (bergantung kepada institusi)
- Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM30,000 untuk 2 tahun
Diploma Kemahiran
- Rakyat Malaysia
- Pelajar sepenuh masa
- Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
- Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
- Mestilah sekurang-kurangnya memili tahap 2 ATAU lulus SPM (sekuran-kurangnya 2 kredit termsauk Bahasa Melaysia) ATAU peroleh CGPA Sijil Kemahiran 2.75 dan ke atas
- Tempoh pengajian adalah 3 tahun
- Jumlah Pembiayaan : Sehingga RM30,000 untuk 3 tahun
Diploma
- Rakyat Malaysia
- Pelajar sepenuh masa
- Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
- Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
- Lepasan SPM yang peroleh sekuran-kurang 5A
- Tempoh pengajian adalah 3 tahun atau 6 semester
- Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM7,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM5,000)
Syarat Khusus (Peringkat Kedua)
Ijazah Sarjana Muda
- Rakyat Malaysia
- Pelajar sepenuh masa
- Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
- Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
- Peroleh minimum CGPA 3.0 pada peringkat Diploma atau Matrikulasi atau STPM atau Jayyid Jiddan/Mumtaz bagi peringkat STAM
- Tempoh pengajian adalah 4 tahun / 8 semester
- Jumlah Pembiayaan : Maksimum RM9,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM6,500)
Sarjana
- Rakyat Malaysia
- Pelajar sepenuh masa
- Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
- Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
- Pemohon mesti peroleh CGPA 3.00 dan keatas bagi peringkat Ijaza Sarjana Muda
- Tempoh pengajian adalah 2 tahun / 4 semester
- Jumlah Pembiyaan : Maksimum RM12,000 setahu
Sijil Profesional
- Rakyat Malaysia
- Pelajar sepenuh masa
- Umur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun
- Telah mendapat pengesahan kemasukan ke univerisiti awam atau swasta
- Pemohon mestilah peroleh CGPA 3.0 dan keatas bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
- Tempoh pengajian adalah 2 tahun / 4 semester
- Jumlah Pembiayaan : Sehinga RM28,500 untuk 2 tahun
Nilai Pembayaran Semula
Seperti yang diberitahu, pembayaran semula bagi PPBU YBR ini bergantung kepada CGPA atau keputusan peperiksaan akhir. Berikut merupakan peratusan pembayaran semula mengikut CGPA
CGPA | Diskaun | % Pembayaran Balik |
---|---|---|
3.50 – 4.00 | 100% | 0% (Biasiswa) |
3.33 – 3.49 | 90% | 10% |
3.00 – 3.32 | 80% | 20% |
2.75 – 2.99 | 50% | 50% |
2.50 – 2.74 | 30% | 70% |
< 2.50 | 0% | 100% |
Anda boleh rujuk laman web Yayasan Bank Rakyat untuk ketahui lebih lanjut berkaitan Pembiyaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) untuk tahun 2021