advertisement

Melalui pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pendidikan Negara, Dr. Radzi Jidin sebentar tadi, pembukaan semula sesi persekolahan dilewatkan sedikit iaitu pada 3 Oktober 2021 secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan.

Sebelum ini, KPM telah mengumumkan sesi persekolahan akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka adalah mulai 1 September 2021.

Namun begitu, keputusan tersebut tidak dapat dibuat berikutan kes jangkitan wabak Covid-19 yang masih tinggi berlaku di seluruh negara sehingga kini.

Perincian mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara akan diumumkan oleh KPM dalam masa terdekat. Walaubagaimanapun, berdasarkan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN), tidak ada sekolah yang akan dibuka untuk negeri pada Fasa 1 PPN.

“Saya berharap pengumuman sesi pembukaan semula sekolah ini, dapat meredaka kebimbangan ibubapa tentang pembukaan semula sekolah” ujar Dr Radzi

Dalam ucapan tersebut, beliau juga berharap kepada semua sama ada ibubapa, guru-guru dan masyarakat untuk terus memberi kepercayaan kepada pihak KPM untuk memberikan yang terbaik demi generasi pewaris negara

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here