advertisement

Kerajaan hari ini bersetuju dengan pengumuman dibuat dimana, penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Di bawah Pelan Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebelum ini ada mengumumkan dimana penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN adalah sehingga September 2020 sahaja. Tetapi dengan pengumuman yang terbaru ini, ianya telah ditambah lagi tempoh tersebut selama 3 bulan.

BACA : Jika PTPTN Dimansuhkan…

Pengangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Selaras dengan pengumuman Perdana Menteri bagi lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar sebelum ini, Kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua pemimjam untuk tempoh 3 bulan lagi iaitu bermula 1 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Kesemua peminjan PTPTN akan diberikan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan sama seperti pelaksanaan sebelum ini.

Tetapi jika ada peminjam yang ingin meneruskan pembayaran seperti biasa, mereka boleh berbuat demikian melalui saluran yang telah mereka gunakan atau beberapa saluran yang disediakan.

Dengan penangguhan ini, pastinya akan memberikan nafas lega terutamanya golongan muda yang mungkin masih lagi mencari pekerjaan dikala pandemik COVID-19 ini atau terkesan dengan pendapatan yang mungkin baru sahaja mulakan pekerjaan.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi careline PTPTN melalui talian 03-2193 3000 atau terus ke portal rasmi www.ptptn.gov.my

sumber : Kementerian Pengajian Tinggi

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here