Berita baik kepada semua pelajar, pendaftaran MUET bagi sesi 1 tahun 2021 kini telah dibuka iaitu sehingga 14 Disember 2020.
Setiap tahun, biasanya Ujian MUET dibuat 3 sesi iaitu bermula pada Januari untuk sesi 1. Jadi jika calon ingin mengambil ujian terawal untuk tahun 2021 kelak, calon kini boleh mula daftar di pautan yang disediakan.
BACA : Keputusan MUET Sesi 2, 2019
Tahun 2021, ujian MUET bermula pada bulan Februari untuk ujian Lisan (Speaking) dan ujian Bertulis berlangsung pada bulan April 2021.
Isi kandungan
Pendaftaran MUET Sesi 1 2021
Pendaftaran MUET Sesi 1 2021 telah dibuka pada 13 November 2020 sehingga tarikh tutup iaitu pada 14 Disember 2020. Permohonan pendaftaran boleh dibuat secara online di pautan dibawah

Tarikh-Tarikh Penting
Ujian Lisan (Speaking) – 18,18,22,23,24 dan 25 Februari 2021
Ujian Bertulis (Reading, Writing dan Listening) – 10 April 2021
Pembelian no. PIN MEC
Tarikh Pembelian PIN MEC : 13 November 2020 hingga 13 Disember 2020. Pembelian PIN boleh dibuat secara online di pautan dapatpay.dapat.com/mpm atau terus ke Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM102.