Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
kadet upnm

ATM mempelawa terutamanya bagi lepasan SPM bagi menyertai pengajian dan latihan untuk calon Pegawai Kadet UPNM bagi tahun 2020. Pastinya ianya di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia mulai tahun pertama pengajian.

Baca Juga : Permohonan UPUOnline 2020

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merupakan salah satu Universiti Awam yang berada di Malaysia. Paling best di sini adlaah, Pegawai Kadet (PK) akan berkhidmat dalam Pekhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian dan latihan ketenteraan.

Permohonan Bagi Menjadi Calon Pegawai Kadet UPNM 2020

kadet upnm

Jika anda berminat, anda boleh sudah boleh mula memohon sehingga 31 Mac 2020 iaitu melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) dengan mendaftar di pautan di bawah dan memilih UPNM sebagai pilihan utama.

Terdapat 2 syarat bagi memenuhi kriteria ambilan Pegawai Kadet UPNM 2020

Syarat-Syarat Perlantikan Pegawai Kadet UPNM

Warganegara : Malaysia

Jantina : Lelaki dan Wanita

Umur : Berumur 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun pada 1 Ogos 2020. Calon-calon yang berumur bawah 17 tahun 6 bulan perlu mendapat kebenaran ibu bapa/penjaga

Fizikal :

Kriteria AsasLelakiWanita
Tinggi Minimum1.62 m1.57 m
Berat Minimum47.5 kg45.0 kg
Beza Ukuran Dada Pernafasan5 cm4 cm
Body Mass Index (BMI)18 – 26.918 – 26.9

Syarat-Syarat Kelayakan Akademik

Kelayakan Akademik. Kelayakan Akademik berlandaskan syarat yang telah ditetapkan oleh universiti mengikut Program Asasi seperti berikut:

  1. Program Asasi Perubatan
  2. Program Asasi Kejuruteraan dan Sains Teknologi
  3. Program Asasi pengurusan dan Strategi

Calon-calon yang layak akan dipanggil dipanggil untuk menjalani pemilihan dipusat-pusat pemilihan yang akan dimaklumkan berdasarkan keperluang perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Pelaksanaan proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit kelayakan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal, Ujian Bertulis dan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM.

Kecemerlangan dalam bidang sukan dan aktiviti ko-kurikulum akan diberi keutamaan

Maklumat Permohonan

Sebarang maklumat berkaitan pengambilan, anda boleh hubungi 011-65504585

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain