advertisement

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia berkelayakan SPM menyertai pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai Pegawai Kadet (PK) UPNM di bawah tajaan Kementerian Pertahanan Malaysia mulai tahun pertama pengajian. PK UPNM akan berkhidmat dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tenterta Diraja Malaysia (TUDM) setelah tamat pengajian dan latihan ketenteraan

Syarat Permohonan Sertai Pegawai Kadet UPNM

Seksyen A (Syarat-Syarat AM Permohonan)

  1. Syarat Kelayakan Umum. Calon-calon perlu memenuhi kriteria seperti berikut:
    1. Warganegara Malaysia
    2. Jantina Lelaki dan Wanita
    3. Umur 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun pada 31 Disember 2019. Calon-calon yang berumur bawah 17 tahun 6 bulan perlu mendapat kebenaran ibubapa/penjaga
    4. Fizikal:
      1. Tinggi minimum: 1.62 m (lelaki) dan 1.57 m (wanita)
      2. Berat minimum: 47.5 kg (lelaki) dan 45.0 kg (wanita)
      3. Beza ukuran dada pernafasan: 5 sm (lelaki) dan 4 sm (wanita)
      4. BMI: 18.0 sehingga 26.0
    5. Taraf kesihatan. Calon-calon mestilah lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM dengan tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.
    6. Kriteria Pemilihan. Proses pemilihan selama 4 hari adalah berdasarkan kepada merit Kelayakan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal, Ujian Bertulis dan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM. Kecemerlangan dalam bidang sukan dan aktiviti ko-kurikulum akan diberi keutamaan
    7. Pelantikan PK UPNM. Sepanjang Pengajian Program Asasi, calon-calon yang terpilih akan mengikuti pengajian sebagai pelajar awam di UPNM. Pelantikan sebagai PK Angkatan Tetap akan dilaksanakan pada tahun pertama pengajian. Pelantikan adalah berdasarkan kecemerlangan akademik, taraf minimum kesihatan dan keputusan Lembaga Pemilihan Awal.
    8. Faedah Saraan. Skim Saraan berdasarkan Skim Perkhidmatan dan Saraan ATM tahun 2013 yang sedang berkuatkuasa.

Seksyen B (Syarat-Syarat Kelayakan Akademik)

  1. Kelayakan Akademik. Kelayakan akademik berlandaskan syarat yang telah ditetapkan oleh universiti mengikut Program Asasi seperti berikut:
    1. Program Asasi Perubatan
    2. Program Asasi kejuruteraan dan Sains Teknologi
    3. Program Asasi Pengurusan dan Strategi

Seksyen C (Maklumat Permohonan)

  1. Cara Memohon. Calon-calon hendaklah memohon melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) dengan mendaftar melalui www.upu.moe.gov.my dan memilih UPNM sebagai pilihan pertama. Hanya calon-calon yang layak mengikut syarat-syarat tertera di atas akan disenarai pendek dan dipanggil untuk proses pemilihan di pusat pemilihan yang akan ditetapkan kelak
  2. Maklumat Permohonan. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-2071 4524/4526/2391
  3. Tarikh Tutup Permohonan. 2 April 2019
Pengambilan Calon Lepasan SPM Sebagai Pegawai Kadet UPNM 2019
advertisement

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here