advertisement

Menteri Pendidikan hari ini mengumumkan di Dewan Parlimen dimana penggal persekolahan bagi tahun 2021 alah dibuka pada 20 Januari 2020 bagi seluruh Malaysia.

Pengumuman ini dibuat oleh Dr. Mohd Radzi Md Jidin di dalam sidang Dewan Parlimen pada hari ini (3 Ogos 2020). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga akan menyediakan takwim persekolahan bagi tahun 2021 secara rasmi dalam masa terdekat, tambah Dr. Mohd Radzi.

Kebiasaanya, penggal persekolahan dibuka awal tahun bagi setiap tahun tetapi sedikit kelainan bagi tahun 2021 yang ianya dibuka pada pertengahan bulan pada bulan Januari tersebut. Ini berikutan cuti yang dipendekkan bagi penggal 2 tahun 2020 disebabkan pandemik COVID-19 dan juga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Penggal Persekolahan Dibuka Sedikit Lewat Pada Tahun 2021

penggal persekolahan

Jika dilihat pindaan takwim persekolahan yang dikeluarkan oleh KPM pada, cuti akhir tahun bagi semua sekolah adalah bermula 19 Disember hingga 31 Disember 2020 (13 hari). Walaupun cuti akhir tahun dipendekkan, tetapi penggal persekolahan tahun 2021 juga dibuka lewat.

Tahun persekolahan pada tahun 2021 hanya akan bermula pada 20 Januari 2021 iaitu pada Hari Rabu, satu kelewatan daripada kebiasaan tahun-tahun sebelumnya.

Ini pastinya akan memberikan kelegaan kepada golongan pendidikan, cikgu bagi membuat penyediaan bagi penggal baharu pula iaitu pada tahun 2021 kelak.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here