advertisement

Pengoperasian IPT dibawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semasa tempoh PKP adalah seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan Pengoperasian Insititusi Pendidikan Tinggi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 13 hingga 26 Januari 2021 ini.

Dalam kenyataan tersebut, KPT memaklumkan pengoperasian adalah seperti sebelum ini iaitu pelajar antarabangsa dibenarkan masuk ke kampus kecuali dari United Kingddom seawal 1 Januari 2021 dan pelajar tempatan seawal 1 Mac 2021.

BACA : Pelajar Antarabangsa Dibenarkan Pulang Ke Malaysia Pada 1 Januari 2021 Kecuali Daripada UK

Pengoperasian IPT Sepanjang Tempoh PKP

Sehubungan itu, semua pelajar yang telah berada di kampus perlu kekal di kampus masing-masing dan mengikuti pembelajaran secara hibrid. Bagi pelajar lain, pembelajaran bagi semua program pengajian diteruskan dengan pembelajaran secara dalam talian sehingga tamat PKP.

Aktiviti Lain

Seelain itu, peperiksaan antarabangsa dan badan profesional adalah dibenarkan dijalankan di kampus. Pelajar-pelajar berkeperluan seperti latihan klinikal, peperiksaan profesional, makmal, studio, amali atau akses internet dan seumpamanya adalah dibenarkan. Surat kebenaran akan dikeluarkan bagi tujuan rentas daerah dan negeri.

Semua aktiviti penyelidikan yang melibatkan kemudahan makmal adalah dibenarkan malalui kebenaran Ketua Jabatan dengan mengikut SOP yang ketat.

Oleh itu, segala aktiviti akademik di kampus mestilah dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan.

Para pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai tarikh dan jadual kemasukan ke IPT melalui Bilik Gerakan COVID-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777/6949/6623/6124 atau hubungi IPT masing-masing

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here