advertisement

Semalam, Menteri Kewangan mengumumkan dimana jumlah bayaran eBelia daripada Belanjawan 2021 dinaikkan daripada RM50 kepada RM100.

Pengumuman ini dibuat oleh YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz didalam penggulungan Belanjawan 2021 dihadapan MP di Dewan Rakyat pada 26 November 2020 yang lalu.

BACA : Hadiah Masuk Universiti sebanyak RM1000 ditawarkan Kepada Anak Selangor

ebelia

Nilai RM50 sebelum ini dibintangkan oleh beliau diperingkat cadangan pada awalnya, tetapi selepas perbahasan demi perbahasan, akhirnya ianya dinaikkan dan ketika itu juga diumumkan Belanjawan 2021 diluluskan pada peringkat dasar.

Bayaran eBelia Dimasukkan Ke Dalam eWallet Beliau

Program eBelia ini merupakan bayaran secara one-off ke dalam eWallet yang diberikan kepada belia yang berumur 18 hingga 20 tahun sebanyak RM50 pada awalnya. Bayaran ini dijangka akan memanfaatkan lebih 1.5 juta belia diseluruh negara.

Jadi melalui pembentangan Menteri Kewangan tersebut, berikut merupakan penambahbaikan daripada program eBelia ini :

  • Meningkatkan jumlah eBelia dari RM50 kepada RM100
  • Memanjangkan inisiatif ini kepada 1.1 juta mahasiswa di IPTA dan IPTS termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun

Pastinya berita ini memberikan nafas lega kepada golongan belia dan mahasiswa khususnya bagi menampung perbelanjaan harian dikala pandemik COVID-19 yang sedang berlaku sekarang dan tidak tahu bila ianya akan berakhir.

Anda boleh lihat sendiri pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2021 baru-baru ini.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here