advertisement

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah mengumumkan status terkini peperiksaan akhir bagi program Diploma dan Sijil Politeknik dan Kolej Komuniti bagi sesi Disember 2019.

Krisis COVID-19 yang sedang melanda negara kita Malaysia nampaknya keadaan nampak semakin buruk dimana setiap hari pasti ada kes positif dan juga menyebabkan kematian. Sehingga artikel ini ditulis, kini di Malaysia secara total melibatkan 2,031 kes dan menyebabkan 23 kematian.

peperiksaan akhir

Disebabkan itulah, Kerajaan telah memperkenalkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah bermula 18 Mac 2020 sehingga tarikh baru yang diperkenalkan iaitu 14 April 2020. Jadi disebabkan itu, kesemua institusi ditutup termasuklah Politeknik dan Koleh Komuniti.

Baca Juga : Taska, Sekolah Dan Universiti Ditutup Untuk Melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan

Status Peperiksaan Akhir Politeknik Dan Kolej Komuniti

Sepatutnya minggu peperiksaan akan bermula awal bulan April. Susulan tarikh lanjutan seperti yang diberitahu di atas sehingga 14 April dan pewartaan Politeknik dan Kolej Komuniti sebagai pusat survelan atau stesen kuarantin sementara bagi operasi menangani COVID-19, KPT telah memutuskan bahawa Peperiksaan Akhir atau Penilaian Akhir bagi Program Diploma, Sijil Politeknik dan Kolej Komuniti tidak akan dilanksanakan.

Sehubungan dengan itu, markah pentaksiran semester adalah berdasarkan kepada markah Penilaian Berterusan.

Selaras dengan PKP, pelajar yang masih berada di kampus telah diminta untuk terus berada di kampus, sementara pelajar yang sedang berada di kediaman keluarga diminita untuk terus berada di tempat masing-masing sehingga diberitahu kelak.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here