advertisement

Disini admin ingin berkongsikan kepada semua pembaca di pendidikan4all kenapa anda perlu masuk Royal Military College, RMC atau Maktab Tentera DiRaja (MTD). Perkongsian ini telah dikongsikan di laman Twitter yang kini sudah mendapat lebih 1000 Retweet. Ikuti perkongsian ini daripada saudara Haziq Fikri yang juga bekas pelajar di RMC.

Kenapa Perlu Masuk RMC

RMC ni untuk yang tak tau is Royal Military College yang diselia dibawah Kementerian Pertahanan. Ianya juga di panggil Maktab Tentera DiRaja (MTD). Banyak orang ingat RMC ni fully pagi petang siang malam ketenteraan je. Tapi tidak, RMC ini lebih kurang Sekolah Berasrama Penuh yang lain cuma tambahan aktiviti ketenteraan sahaja.

Jom ikuti beberapa keistimewaan yang ada dalam RMC ini

#1 – Kemudahan belajar yang terbaik.

Kalau korang masuk RMC ni memang korang tinggal masuk kelas belajar je sebab alat belajar macam pencilbox, calculator, pen, pemadam, geometry set, buku latihan, buku tulis semua rmc bagi secara percuma. Ye percuma, calculator casio fx3570 kot.

Kalau dalam kelas pulak jangan cakap lah memang selesa nak mampus sebab ada 2 bijik aircond 2 kipas. Sejuk gigil macam International School dah. Cikgu-cikgu yang mengajar pun cemerlang-cemerlang belaka contohnya Cikgu Mike Mahen (Sejarah) dan Cikgu Azha (Addmath)

rmc

‘Tapi di SBP kiteorang ada seminar tambahan’ Eh siapa cakap RMC takde? RMC ada banyak aktiviti akademik tambahan contohnya macam collab bersama Sekolah Berasrama Penuh lain dan seminar-seminar jemputan macam BH skor dan sebagainya. Ramai bekas putera RMC yang dah berjaya peroleh keputusan cemerlang dan lanjutkan pelajaran dekat luar negara. Tak payah contoh, boleh cari sendiri banyak sangat.

rmc

#2 – Pengalaman Aktiviti Ketenteraan

Banyak aktiviti ketenteraan yang kiteorang akan buat time Kelas Military hari sabtu contohnya macam menembak, kawad kaki, physical training dan ilmu medan perang yang korang takleh dapat di tempat lain kecuali korang masuk UPNM atau join military. (RMC ada!)

Setiap hujung tahun students form 4 akan ada perkhemahan tahunan untuk test Skills Military yang dieorang belajar selama setahun dekat RMC. Kalau untuk form 5 pula, akan ada exam military. Kalau korang nak tahu suasana Annual Camp RMC korang boleh lah tengok dekat pautan ini

#3 – Barang Issue

Barang issue ni barang yang RMC bagi pada putera sepanjang pengajian mereka di RMC, kalau ada yang datang dari keluarga susah memang tak perlu risau, sebab memang head to toe dieorang provide. Contohnya macam baju, kemeja putih, stokin, kasut sukan dan sebagainya.

rmc

‘Duit belanja pulak camne?’ Jangan risau, setiap bulan boy RMC akan dapat elaun sebanyak RM100/sebulan. RM100 tu boleh lah buat macam-macam. Di RMC ni ada mamak tau. Korang boleh lah guna duit elaun tu untuk melantak roti susu dengan nasi ayam kari di mamak ni.

#4 – Makan Sedap

Haaa makanan di RMC ni sedap jugak lah tambah pulak dengan aircond dekat dewan makan tu, memang nikmat ah kau makan. Air kat dewan makan RMC ni memang sentiasa kordial dan manis tahap potong kaki. Aiskrim pun ada jugak.

Baca Juga : Kenduri Atau Majlis Yang Sentiasa Berlaku Pada Musim Cuti Sekolah

#5 – Kokurikulum

Peluang kau nak main sukan dekat RMC ni memang tinggi sebab memang banyak ah sukan yang ada macam rugby, bola sepak, volleyball, basketball, semua ada lah senang cerita. Kau tinggal main je. Peluang kau untuk pergi peringkat yang lebih tinggi pun besar. Contoh ni main Malaysia kot.

Kalau aktiviti kokurikulum seperti bahas, pidato, syair semua ada jangan risau, jangan gentar, jangan cuak. Banyak jugak pencapaian RMC ni kalau nak diceritakan semua.

Kelebihan Sebagai Individu Ketika Belajar Di RMC

#1 – Kau Akan Jadi Gentleman.

Mungkin sekolah lelaki yang lain ada jugak cara diorang yang tersendiri. Tapi cara RMC lain. Dulu aku kat MRSM , seluar line biasa je. Tapi sejak masuk rmc ni, line seluar tu boleh potong kubis ngan carrot kalau balik rumah. credit: ig sir gery

#2 – Espirit De Corp

Mesti pelik apa benda Espirit De Corp ni? Espirit De Corp ni adalah semangat setia kawan. Dalam setiap benda di RMC ni yang paling penting Brotherhood. Semua putera diterapkan untuk ada bonding yang kuat dari dieorang newboy sampai diorang graduate RMC.

#3 – Kau Akan Sentiasa FIT

Kau masuk sini memang akan fit kecuali kau ponteng PT sabtu. Ini kerana pelbagai aktiviti yang dijalankan sehingga badan anda menjadi biasa dengan aktiviti tersebut dan menjadi FIT.

#4 – Pride As A Budak Boy

Pride ni kau rasa bila kau dah sah bergelar boy RMC. Signifikannya bila kau dah dapat Green Tie. Rasa bangga tu aku tak reti nak explain. Kau nak tahu kau kena masuk sendiri.

Ini adalah antara pengalaman beliau yang dikongsikan kepada semua yang ingin memasuki Royal Military College. Kebiasaanya pengambilan Tingkatan 4 akan dibuat pada bulan Disember. Anda boleh rujuk laman web ini rmc-education.edu.my untuk maklumat lanjut

sumber : twitter Haziq Fikri

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here