Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
permohonan biasiswa sabah

Keputusan SPM telah pun diumumkan jadi bagi calon lepasan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi serta Asasi yang melepasi syarat minimum, anda boleh mula membuat permohonan biasiswa atau mana-mana bantuan pelajaran yang ditawarkan.

Bagi anak Sabah, kini Kerajaan Sabah telah membuka permohonan bagi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) bagi tahu 2019.

Tarikh Permohonan Biasiswa

Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2019 telah dibuka mulai 26 Mac 2019 sehingga 25 April 2019

Cara Membuat Permohonan Biasiswa

Semua pemohon BKNS haruslah mempunyai email peribadi masing-masing yang masih aktif dan boleh dilakukan permohonan secara atas talian melalui di
>>www.biasiswa.sabah.gov.my<<

Syarat Permohonan BKNS 2019

Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan.

Bidang Dan Peringkat Pengajian Yang Ditawarkan Biasiswa

Peringkat Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)

Aktuari Sains              
Juru Ukur
Sains Tulen
Kejuruteraan                       Kesihatan dan Perusahaan Ternak
Pengurusan Hartanah  

Pertanian
Seni Bina (Architecture)
Teknologi Maklumat
Ukur Bahan
Perakaunan  

Peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)

Aktuari Sains
Akuakultur
Ekonomi
Farmasi
Kejuruteraan
Kesihatan dan Perusahaan Ternak
Keusahawanan
Komunikasi
Juru Ukur
Muzik
Pelancongan dan Hospitaliti
Pendidikan
Pengajian Islam
Pengangkutan dan Logistik
Pengurusan Ladang
Pengurusan Hartanah
Pentadbiran Perniagaan

Perakaunan
Pergigian
Perhutanan
Perikanan
Pertanian
Perubatan Veterinar
Psikologi
Sains Alam Sekitar
Sains Biologi Marin
Sains Bioteknologi
Sains dan Teknologi Makanan
Sains Komputer
Seni Bina (Architecture)
Teknologi Maklumat
Ukur Bahan
Undang-Undang  

Kelayakan Pemohon Biasiswa

Had Umur

  1. Bagi kursus (1) pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
  2. Bagi kursus (2) pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.

Kelayakan Akademik

Kursus Diploma

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurangkurangnya 7A dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.

Kursus Sarjana Muda

  • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA
  • Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurangkurangnya Jayyid.
  • Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
  • Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.
  • Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

Perubatan, Pergigian dan Farmasi

Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.8 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran Biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam Negeri sahaja.

Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/ CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

Artikel Berkaitan

1 thought on “Permohonan Biasiswa Kerajaan Sabah Kini Dibuka”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain