advertisement

Anda kini sudah boleh membuat permohonan Biasiswa Tunku Abdullah Rahman bagi tahun 2020. Jika anda berminat, boleh mohon di pautan disediakan dibawah.

Baca Juga : Senarai Bantuan Pendidikan Sekolah Dan Universiti Untuk Tahun 2020

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan Biasiswa Tunku Abdul Rahman bagi peringkat Ijazar Sarjana Muda.

Mohon Disini Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahmad telah dibuka sehingga 31 Mei 2020. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di pautan dibawah

Syarat-Syarat Permohonan

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma atau pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dalam negara yang masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian
  • Sekurang-kurangnya Kepujian Tinggi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM

Keutamaan Akan Diberikan Kepada Pelajar Yang

  • Mempunyai masalah kewangan, khususnya keluarga yang mempunyai pendapatan yang kurang daripada RM4000
  • Memiliki kualiti kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam kokurikulum
  • Telah mengatasi atau sedang mengatasi cabaran yang sukat
  • Mempunyai akademik yang cemerlang

Tajaan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2020

Tajaan Biasiswa adalah merangkumi:

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Buku
  • Elan-elaun berkaitan seperti tesis, elaun latihan amali / kertas projek, elaun alat perkakas (sekali setahun)
  • Tambang penerbangan (2 hala) sekali setahun (untuk pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah & Sarawak dan pelajar Sabah & Sarawak yang belajar di Semenanjung)
  • Program Pengayaan Diri

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pihak YTAR

Yayasan Tunku Abdul Rahman
A-10-10, No 5 Jalan Bangsar Utama 1
Menara UOA Bangsar
59000 Bangsaar
Kuala Lumpur

Hubungi : 03-2283 6063/6073

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here