advertisement

Permohonan bagi Dermasiswa daripada Zakat Kedah kini telah pun dibuka sehingga 31 Januari 2021. Jika berminat, anda boleh mula memohon dengan pautan yang disediakan.

Permohonan Dermasiswa kali ini merupakan dermasiswa bagi melanjutkan pengajian ke IPT Tempatan dan Luar Negara bagi sesi kemasukan pengajian tahun 2020.

Derma siswa Awal IPT dalam Negara merupakan bantuan sekaligus (one off) yang diberikan kepada pemohon dalam kalangan penuntut yang bakal memasuki tahun pertama pengajian di Institut Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara.

BACA : Permohonan Biasiswa Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah Kini Dibuka

Bantuan ini diberikan kepada pelajar yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan Sarjana Mudah.

Cara Memohon Dermasiswa Awal IPT

Untuk pengetahun, permohonan Bantuan Dermasiswa Melanjutkan Pengajian ke IPT Tempatan dan Luar Negara bagi kemasukan sesi 2020 dilanjutkan sehingga 31 Januari 2021. Manakala bagi kemasukan pengajian tahun 2021 akan dibuka bermula pada 15 Februari 2021.

dermasiswa

Semua permohonan baru boleh dibuat secara online melalui pautan dibawah. Klik dan ikut segala arahan yang disediakan

Syarat Kelayakan

Untuk memohon, anda perlu memenuhi syarat yang ditetapakan, antaranya :

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin/ menetap di negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran).
  3. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran bagi peringkat Sijil/ Asasi/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja dan telah membuat bayaran pendaftaran awal pengajian.
  4. Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga(3) bulan pengajian.
  5. Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.
  6. Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).
  7. Pelajar yang menyambung pengajian dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) adalah tidak layak memohon bantuan awal IPTA.
  8. Borang permohonan yang lengkap diisi oleh pemohon hendaklah dihantar beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan.

Panduan Permohonan

Anda boleh semak panduan bagi mengisi borang permohonan disini:

  1. Isikan setiap butiran dengan LENGKAP DAN JELAS.
  2. Muat naik (upload) dokumen lampiran pada ruangan yang disediakan.
  3. Dokumen yang perlu disertakan bersama permohonan:
    1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (pelajar)
    2. Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penjaga
    3. Surat Tawaran Melanjutkan Pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
    4. Salinan Slip Bank/ Resit Pembayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Akaun pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT.
    5. Salinan Akaun Bank Pemohon (Pelajar)
  4. Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Ketua Jabatan, Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengetua, Guru Besar, Penghulu) atau Imam/ Penolong Amil bagi kariah masjid
  5. Jika sudah selesi, klik Hantar Permohonan

Jadi kepada pelajar yang bakal memasuki IPT tidak lama lagi, jangan lupa mohon bantuan Dermasiswa ini.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here