Anda kini sudah boleh mula memohon kemasukan Diploma Al-Quran di Darul Quran dan juga lokasi tambahan Darul Quran yang lain di beberapa negeri yang menawarkan program diploma ini.

Darul Quran (DQ) merupakan pelopar terawal bagi program Tahfiz Al-Quran di Malaysia dan kini terdapat banyak pusat pengajian yang menyediakan program Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat. Anda berminat, anda boleh terus mohon.

Permohonan Diploma Al-Quran Darul Quran Dan Lokasi Tambahan DQ

DARUL QURAN JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat di Darul Quran JAKIM (DQ) dan di Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ).

Darul Quran JAKIM

Diploma Al-Quran

Jika anda memohon terus ke pusat pengajian Darul Quran JAKIM, anda akan terus belajar di sini iaitu di Selangor dan permohonan di lokasi tambahan lain, anda akan belajar ditempat tersebut

Sistem Pengajian

Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Pelajar akan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang profesional dan berpengalaman. Kursus-kursus elektif yang terdapat dalam program ini ialah:

  • Kursus Elektif Qiraat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, MTN Pahang, KAQSA Melaka, MTQN (MAIK) Kelantan, MTQN Perak, IQDAR Kedah, ITQAN Negeri Sembilan, MTQ ADDIN Perak, ITQAS Sabah dan IKMAS Sarawak).
  • Kursus Elektif Syariah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTN Pahang)
  • Kursus Elektif Dakwah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, ITQAN Negeri Sembilan, INSPI Terengganu, IKMAS Sarawak)
  • Kursus Elektif Hadith (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTQN Perak)
  • Kursus Elektif Muamalat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM)
  • Kursus Elektif Pengurusan Halal (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan KAQSA Melaka)

Baca Juga : Permohonan UPUOnline 2020

Syarat Permohonan

  • Beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran dan belum berkahwin.
  • Lulus SPM dengan syarat minimum Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu;
    • Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab,
    • Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-Islamiyah; dan
    • LULUS Bahasa Inggeris.
  • LULUS Ujian Bertulis (Bahasa Arab dan Tajwid).
  • LULUS Temuduga.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik. ATAU

Kelayakan khas yang diberikan kepada pelajar Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) dan Sijil Asas Tahfiz di Darul Quran adalah seperti berikut:

  • Lulus matapelajaran Bahasa Arab dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya mendapat Gred ‘C’ sebelum tamat pengajian diploma / graduasi; dan
  • Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul dalam Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran / Sijil Tahfiz al-Quran Darul Quran bagi OKUMP.

Cara Memohon

Permohonan bagi kemasukan Program Diploma al-Quran di Darul Quran ini boleh dibuat bermula 10 Februari 2020 hingga 7 hari selepas keputusan SPM diumumkan. Anda boleh klik pautan dibawah bagi permohonan online

Bagi permohonan di Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) adalah seperti berikut

Nama Pusat PengajianPautan
Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) www.itqan.edu.my
Maahad Tahfiz Negeri Pahang http://www.tahfizpahang.edu.my
Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat (MAIK), Kelantan http://maahadtahfiz.e-maik.my
Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Perak http://jaipk.perak.gov.my/
Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sabah (ITQAS)  https://www.facebook.com/officialitqas/?ref=br_rs
Institut Pengajian Islam (INSPI) Kampus Binjai, Terengganu http://www.yit.gov.my
Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Sarawak https://www.facebook.com/ikmassarawak/?ref=br_rs
emel: ikmas@islam
Kolej Al-Quran Sayyidina Ali, Melaka http://www.iqsa.edu.my
Institut Al Quran Darul Aman (IQDAR), Kedah http://www.iqdar.edu.my
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Addin, Perak http://www.maahadtahfizaddin.edu.my/diploma

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Darul Quran JAKIM:
Telefon : 03-60635333 / 5349 / 5323 / 5374
Faks : 03-60645497

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here