advertisement

Jika anda sedang mencari jawatan kosong guru MARA, inilah peluang anda untuk memohon. Permohonan kali ini adalah yang terbaru bagi permohonan tahun 2020/2021.

Kepada individu-individu yang memiliki ciri-ciri berilmu, berkeyakinan, berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, kreatifi, inovatif dan komited, anda dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik (guru) di institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG41).

BACA : Peluang Pekerjaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Bersama MARA

Bidang & Subjek

Dalam permohonan kali ini, banyak bidang dan subjek yang dibuka antaranya adalah seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bimbingan & Kaunseling
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik
  • Multimedia & Animasi
  • Seni Reka Grafik
  • Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Islam (Tahfiz)
  • Perakaunan
  • Sains Komputer
  • Pendidikan Seni/ Seni Visual
  • Reka Bentuk Teknologi
  • Geografi
  • Pengurusan Perniagaan
  • Ekonomi
permohonan guru mara

Permohonan Jawatan Kosong Guru MARA

Permohonan kini telah dibukan dan boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup iaitu pada 13 November 2020. Anda boleh mohon di portal rasmi MARA dengan klik pautan dibawah

Permohonan yang memenuhi dan menepati syarat lantikan skim sahaja akan diproses. Setiap permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria yang telah ditetapkan.

Permohonan yang melepasai tapisan sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre). Calon yang berjaya akan menerima SMS dan semakan boleh dibuat di laman web MARA dari semasa ke semasa. Jika tiada sebarang maklumat dalam tempoh 6 bulan, anda dianggap tidak berjaya.

Syarat Permohonan

a. Warganegara Malaysia

b. Kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,188.00] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,391.94] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,391.94] atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,902.98] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 3,209.60]

c. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

d. Kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris;

e. Pemohon subjek Pendidikan Islam (Tahfiz) hendaklah mempunyai kelayakan Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Isi diruangan Seksyen D Bil. 18 di dalam borang permohonan online);

f. Sihat Fizikal dan Mental;

g. Aktif dalam kegiatan kokurikulum;

h. Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dimohon);

i. Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain – lain;

j. Bebas dari tindakan disiplin atau salah laku jenayah;

k. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

l. Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan;

m. Pemohon hendaklah memohon jawatan ini berdasarkan kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dengan subjek yang dimohon;

n. Pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau tidak mempunyai Diploma Pendidikan juga boleh memohon.

Taraf Jawatan : Tetap/Kontrak

Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan: Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan dari semasa ke semasa.

Jadi kepada anda yang ingin menjadi seorang guru dimasa hadapan, inilah waktunya untuk anda memohon. Selaman berjaya!

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here